Wednesday, September 24, 2008

Jamuan Berbuka Puasa Lembah Pantai 2008

Saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana terkandas di Melaka dengan kerja yang agak sibuk sejak akhir-akhir ini, Tuan DC telah menghubungi saya ketika beliau tiba di Times Square dan saya menyatakan ketidakhadiran saya...

En. Zainor Sham Abdullah DC Lembah Pantai
Kelihatan ceria menjamu selera dengan rakan-rakan.

Namun, senarai mereka yang menjayakan majlis yang kecil ini adalah seperti berikut:

  1. En. Zainor Sham
  2. YM. Raja Mohd Norhisham
  3. En. Iskandar Muda
  4. En. Khairul Affendy
  5. En. Azrai Baharuddin
  6. En. Muiz Misri
  7. En. Farouk Singh
  8. En. Sulaiman Sidek
  9. En. Zairol Azmi
  10. En. Wan Firdaus
  11. En. Farizal
  12. En. Abdul Jalil
  13. En. Fairuz
Dari kiri: En. Azrai, En. Fairuz, En. Farouk Singh,
En. Zairol Azmi dan En. Muiz

Dari kiri: En. Wan Firdaus, En. Faizal,
YM. Raja dan En. abdul Jalil

Gambar ini memerlukan pemerhatian yang teliti sebagai seorang Pengakap...
Apa yang silap? mereka ini berposing untuk bergambar...
tapi En. Fairuz kita lupa nak pegang ayam.

En. Abdul Jalil dan ADC Teknologi Komunikasi En. Khairul Affendy.

Ceria tahap dewa... mereka ini sudah kekenyangan makan
ayam banyak sangat mereka hanya mampu senyum
tanpa memperdulikan apa orang sekeliling kata.

Tidak cukup dengan menganggu En. Iskandar,
kini En. Azrai duduk di sebelah Tuan DC pula
yang sedang membelek alat kelui zaman 1990an.

YM. Raja Mohd Norhisham seorang ADC Latihan
yang berkaliber dan antara yang terkacak dalam
barisan lelaki kacak dalam komuniti
Parlimen Lembah Pantai.

"alahai... macamana nak makan ayam nie...
lupa lah... dah lama sangat puasa.."

"apa tengok-tengok... orang dah kenyang bangat nie"

Harzt Chicken Buffet ini terletak di Times Square tingkat 4 (mungkin 3, dah lupa) dan menyediakan menu makanan utamanya iaitu ayam pelbagai masakan di samping menu sampingan yang sangat menarik. Saya sudah 3 ramadhan berbuka puasa di tempat ini namun pada tahun ini tidak kesampaian kerana sibuk dan jauh dari KL. Bayaran buffet tersebut adalah RM16.00 ++ tetapi semasa mereka datang baru-baru ini untuk berbuka puasa harga tersebut sudah naik kepada RM22.00 ++ namun pada saya masih berbaloi.

Orang arab suka makan sini sebab murah dan sedap.

5 comments:

  1. Baguslah ada majlis berbuka puasa. Semoga dengan adanya majlis dapat mengeratkan lagi sesama ahli pengakap lembah pantai.

    ReplyDelete
  2. Paling yang tak besh hari itu ialah..ramai dah budget kena dalam RM16.oo saja,last-last sangkut RM22.50. Rupa-rupanya itu harga untuk 2 tahun lepas.

    Ini sebagai satu pengajaran buat semua...tolonglah beri data yang terkini dan bukannya data yang dah berabad lamanya..hihihi

    ReplyDelete
  3. Next time abg fahmie kene la belanja kiteorang makn lak yek,.,.


    ***aritu ye ye jer BUZZ pepagi pasal tanye g berbuka ker x,.,.nguper-ngupenyer dia xde,.,.huhu

    ReplyDelete
  4. aaaaaakkh...
    kenyang mkn ayam...
    next time p mkn itek lak..
    ipoh-...
    hehehe.....

    ReplyDelete

Do leave a comment. If you hate me... leave two.