Saturday, August 14, 2021

True Love

 

Every morning before work I had to find my shoe,

Every morning I know that all my dreams comes true.

Looking at you in the morning fills my heart with love,

Whatever it takes, we shall not yield nor huff.

Sunday, November 1, 2020

Sikit di sanubari

Putik bunga jatuh ke bumi,
Awan tebal di sisir langit,
Tidak satu pun yang kurasa,
Walaupun sikit di sanubari.

Aku sarung sepatu melangkah jauh,
Tidak aku tahu mana hendak pergi,
Tidak satu pun yang kurasa,
Walaupun sikit di sanubari.

Menjinjing memori di tengah belukar,
Dahan yang kasar tusuk menusuk,
Tidak satu pun yang kurasa,
Walaupun sikit di sanubari.

Famie
1hb November 2020
Kuala Lumpur.

Sunday, October 25, 2020

When it's too good to be true, it's either too good or just probably not true.

 Terjemahannya adalah seperti berikut:

"Apabila sesuatu perkara itu kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, sama ada perkara itu memang terlalu bagus atau mungkin palsu."

Rakyat Malaysia harus belajar dari kesilapan. Jangan mudah tertipu. 

Saturday, October 24, 2020

Dapatkan buku Seni Sukat & Anggar di Shopee sekarang.

Minat Matematik? Tidak Minat Matematik? Takut Matematik? Cuba baca dan mengamati buku ini, semoga buku ini menjadi ispirasi kepada mereka yang ingin menjadi jurutera, juruterbang, jurureka bangunan, cikgu matematik, cikgu sains, tentera dan polis.

Seni Sukat & Anggar ini adalah buku panduan bagi kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, remaja dan juga orang dewasa yang gemar mahupun yang tidak menggemari subjek matematik.

Tidak kenal maka tidak cinta, maka itulah matlamat utama buku ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pembaca tentang bagaimana ilmu kira-kira ini digunakan di seantero dunia sejak awal zaman ketamadunan manusia dahulu kala.

Isi kandungan buku ini akan menyingkap serba sedikit sejarah yang yang menarik bagaimana ilmu matematik itu berkembang sehinggalah yang kita ketahui pada zaman ini.

Melalui buku ini juga, para pembaca akan mempelajari cara-cara menyukat dan membuat penganggaran yang digunapakai oleh ahli-ahli matematik pada zaman dahulu untuk membina jambatan, bangunan dan kira-kira lain yang digunakan dalam peperangan.

Ilmu yang terdapat dalam buku ini bukannya ciptaan baharu, malah ilmu matematik ini berumur beribu-ribu tahun dan masih lagi dipakai pada zaman sekarang. Apabila seseorang itu memahami sukat dan anggar, mudah untuk dia memahami kepentingan matematik. 

https://shopee.com.my/Buku-Seni-Sukat-Anggar-i.327001830.5858904377

True Love