"dekat mana dia nak buat" - kawannya bertanya.
"entah..." - dia menjawab.
Perbualan ini saya dengar semasa dalam perjalanan turun tangga menuju ke bilik darjah selepas keluar daripada bilik guru. Sepanjang perjalanan ke bilik darjah saya tidak berhenti memikirkan perbualan budak-budak tadi... cuba membayangkan apa agaknya rupa dan keadaan camping itu... seperti pernah didengari dan seperti pernah melalui pengalaman tersebut....
Dalam pada itu, semua budak-budak sudah sibuk berpakat antara satu sama lain untuk memilih kawan-kawan untuk melengkapkan setiap kumpulan kecil 6 orang ahli yang di ketuai oleh seorang ketua.
Dalam waktu sebegini agak susah bagi saya, dengan sikap saya yang suka menyendiri selama ini, tidak mahu bercampur dengan sebarangan orang membuatkan saya sukar untuk mencari tempat dalam mana-mana kumpulan untuk perkhemahan ini.
Dalam keadaan keseorangan termenung dan terkapai-kapai tanpa haluan, tiba-tiba...
(keluarga dan kawan-kawan memang memanggil saya dengan nama penuh sejak kecil lagi)
Ketua untuk kumpulan yang sertai oleh Fazrin ini adalah seorang perempuan sebaya umur yang saya tidak kenal sebelum ini. Fazrin mengenalkan saya kepada Nurul Huda dan bertanya kepada dia samada saya boleh menyertai kumpulan mereka walaupun pada waktu itu kumpulan yang diketuai oleh Nurul Huda ini sudah pun mencukupi 6 orang ahli.
Walaupun dalam keadaan ragu-ragu untuk menambah bilangan ahli dalam kumpulannya, saya kira bahawa Nurul Huda tidak sampai hati untuk menghampakan perasaan saya walaupun dia tidak mengenali saya sebelum ini. Dia telah membuka peluang kepada saya untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan membuatkan hati saya gembira.
Nurul Huda meneruskan penerangannya yang panjang lebar mengenai taklimat yang cikgu sudirman telah berikan pada mereka sehari sebelum itu dan berbincang dengan kumpulannya yang tujuh orang ahli itu untuk menyelaraskan senarai bahan makanan dan peralatan yang akan digunakan nanti.
Sebagai tanda perkenalan, Nurul Huda melantik saya untuk memegang jawatan sebagai Penolong Kuartermaster dalam kumpulan ini dan ini adalah pertama kali saya diamanahkan untuk memegang jawatan dalam hidup saya. Dengan ketidakpastian tentang apa tugas yang perlu saya lakukan dan apakah tanggungjawab yang perlu saya pikul dalam kumpulan itu, saya pun gembira menerima perlantikan itu. Satu penghormatan buat saya.
Selepas pulang ke rumah petang itu, saya meminta keizinan daripada ibu saya untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan saya mengimbas semula kenangan berkhemah di Seremban masa dulu bagi menyakinkan dia supaya membenarkan saya pergi.
Seketika lama dia membuat pertimbangan, akhirnya dia membenarkan saya menyertai perkhemahan itu dengan satu syarat... saya mesti balik dalam keadaan selamat dan tidak tercedera.
Nasihatnya itu tidak masuk akal pada waktu itu kerana hati yang gembira ini meliputi tahap kesedaran yang lain dan apa yang saya dapat fikirkan adalah perkhemahan yang seronok dan mencabar. Tidak saya ambil kira pesanannya itu sehinggalah saya berumur 16 tahun ketika menjadi ketua dalam satu perkhemahan Pengakap.
Maka bermulalah persiapan saya untuk melengkapkan beg baju dan kelengkapan lain. Pada siang hari selepas balik sekolah saya akan terus membuka semula beg yang telah disiapkan itu untuk memastikan tiada barang yang tertinggal, di malam hari pula sebelum tidur saya akan memastikan juga tiada barang yang tertinggal, sebelum tidur saya akan membayangkan perkara yang akan saya lakukan disana. Semua ini berlarutan selama dua hari sehinggalah tiba hari yang ditunggu-tunggu untuk berkumpul di sekolah dan bertolak menaiki bas yang telah disewa.
Artikel ini bersambung di "identiti Seorang Pengakap (Bahagian:3)" dan baca seterusnya bagaimana 7 orang ahli akhirnya kembali ke bilangan 6 orang dan bagaimana pengalaman penulis berkhemah buat pertama kali dan dimana perkhemahan itu dianjurkan.
"oh yer..." - saya berkata dalam hati.Pengalaman berkhemah semasa berumur 4 tahun saya kenang kembali ketika ibubapa saya mengajar saya keseronokan memasak, makan dan tidur di kawasan terbuka. Khemah itu berwarna biru dari jenis "A" berdinding yang boleh memuatkan 4 orang kanak-kanak dengan selesa (dulu khemah jenis "dome" belum ada dipasaran tempatan) dan kami dilatih untuk berkhemah untuk satu malam di satu kawasan berhutan di Bahau, Seremban.
"papa pernah belikan khemah masa dekat seremban dulu...."
"tanya mama lah, boleh pergi tak...?" saya bercakap seorang diri.
Dalam pada itu, semua budak-budak sudah sibuk berpakat antara satu sama lain untuk memilih kawan-kawan untuk melengkapkan setiap kumpulan kecil 6 orang ahli yang di ketuai oleh seorang ketua.
Dalam waktu sebegini agak susah bagi saya, dengan sikap saya yang suka menyendiri selama ini, tidak mahu bercampur dengan sebarangan orang membuatkan saya sukar untuk mencari tempat dalam mana-mana kumpulan untuk perkhemahan ini.
Dalam keadaan keseorangan termenung dan terkapai-kapai tanpa haluan, tiba-tiba...
"oii... Famie!!!"
(keluarga dan kawan-kawan memang memanggil saya dengan nama penuh sejak kecil lagi)
"kau pergi tak?... aku dah tanya mak aku semalam dia kata aku boleh pergi" - kata Fazrin
Saya hanya berdiam dan mengangkat bahu menunjukkan isyarat tak tahu.
"meh aku tanya ketua aku kau boleh masuk tak...?" - kata Fazrin lagi.
Ketua untuk kumpulan yang sertai oleh Fazrin ini adalah seorang perempuan sebaya umur yang saya tidak kenal sebelum ini. Fazrin mengenalkan saya kepada Nurul Huda dan bertanya kepada dia samada saya boleh menyertai kumpulan mereka walaupun pada waktu itu kumpulan yang diketuai oleh Nurul Huda ini sudah pun mencukupi 6 orang ahli.
"kau betul ker nak pergi ni...?" - tanya Nurul Huda kepada saya.
Saya memberi jawapan dengan hanya menganggukkan kepala sebagai isyarat berkata "ya"
Walaupun dalam keadaan ragu-ragu untuk menambah bilangan ahli dalam kumpulannya, saya kira bahawa Nurul Huda tidak sampai hati untuk menghampakan perasaan saya walaupun dia tidak mengenali saya sebelum ini. Dia telah membuka peluang kepada saya untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan membuatkan hati saya gembira.
"okey macam ni, kita pakat sekarang... bahan makanan mentah yang..."
Nurul Huda meneruskan penerangannya yang panjang lebar mengenai taklimat yang cikgu sudirman telah berikan pada mereka sehari sebelum itu dan berbincang dengan kumpulannya yang tujuh orang ahli itu untuk menyelaraskan senarai bahan makanan dan peralatan yang akan digunakan nanti.
Sebagai tanda perkenalan, Nurul Huda melantik saya untuk memegang jawatan sebagai Penolong Kuartermaster dalam kumpulan ini dan ini adalah pertama kali saya diamanahkan untuk memegang jawatan dalam hidup saya. Dengan ketidakpastian tentang apa tugas yang perlu saya lakukan dan apakah tanggungjawab yang perlu saya pikul dalam kumpulan itu, saya pun gembira menerima perlantikan itu. Satu penghormatan buat saya.
Selepas pulang ke rumah petang itu, saya meminta keizinan daripada ibu saya untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan saya mengimbas semula kenangan berkhemah di Seremban masa dulu bagi menyakinkan dia supaya membenarkan saya pergi.
Seketika lama dia membuat pertimbangan, akhirnya dia membenarkan saya menyertai perkhemahan itu dengan satu syarat... saya mesti balik dalam keadaan selamat dan tidak tercedera.
"you must always ensure your safety and don't get injured" - kata ibu saya.
Nasihatnya itu tidak masuk akal pada waktu itu kerana hati yang gembira ini meliputi tahap kesedaran yang lain dan apa yang saya dapat fikirkan adalah perkhemahan yang seronok dan mencabar. Tidak saya ambil kira pesanannya itu sehinggalah saya berumur 16 tahun ketika menjadi ketua dalam satu perkhemahan Pengakap.
Maka bermulalah persiapan saya untuk melengkapkan beg baju dan kelengkapan lain. Pada siang hari selepas balik sekolah saya akan terus membuka semula beg yang telah disiapkan itu untuk memastikan tiada barang yang tertinggal, di malam hari pula sebelum tidur saya akan memastikan juga tiada barang yang tertinggal, sebelum tidur saya akan membayangkan perkara yang akan saya lakukan disana. Semua ini berlarutan selama dua hari sehinggalah tiba hari yang ditunggu-tunggu untuk berkumpul di sekolah dan bertolak menaiki bas yang telah disewa.
Artikel ini bersambung di "identiti Seorang Pengakap (Bahagian:3)" dan baca seterusnya bagaimana 7 orang ahli akhirnya kembali ke bilangan 6 orang dan bagaimana pengalaman penulis berkhemah buat pertama kali dan dimana perkhemahan itu dianjurkan.
Memang bila kita kenang masa dulu bila kita berkhemah dan melakukan aktiviti berpengakap...pasti ianya sesuatu yang tak akan kita lupakan kerana perkara-perkara tersebutlah membuat kita terus jatuh cinta dengan pengakap sehingga umur kita dah lanjut ini.
ReplyDeleteNamun apakah perasaan tersebut dapat disemai di zaman ini kerana semuanya mudah dan kalau boleh nak dipemudahkan lagi...tidur bukan setakat khemah jenis 'Dome' tapi kalau hujan semua lari kat dalam kelas...ermm...masak dah pakai ketering...alahai...nasib anak2 bangsa aku..
Ye Walaupun perkhemahan pertama saya di Sekolah Kebangssan Bangsar Pantai Bahru tahun 1994 memang berbeza dari dulu, ingat lagi khemah kanvas takde pintu buat sendiri pakai kayu sampai kadang kaki pun terkeluar, masak menu rekaan sendiri. Buku log fuhh sekarang dah hilang
ReplyDelete