Tuesday, September 30, 2008

Identiti Seorang Pengakap (Bahagian: 3)

"Aku tak dapat pergilah... mak aku kata tak boleh pulak..." - rintih Fazrin
Semua ahli kumpulan kami termasuk Nurul Huda mempamerkan perasaan hampa kerana kekurangan ahli kumpulan (walaupun sebenarnya memang bilangan yang dibenarkan adalah enam orang sahaja). Nurul Huda sebagai ketua kumpulan berasa hampa, sedih tetapi lega kerana bilangan ahli kumpulan mencukupi syarat.

Kami berbual seketika di situ bersama Fazrin sambil berbincang mengenai senarai peralatan dan bahan mentah yang dibawa sepertimana yang sudah dirancang sebelum ini. Peralatan seperti kuali, periuk, dan alatan memasak yang lain nampaknya sudah lengkap. Bahan mentah seperti bawang, telor, roti, garam, gula dan lain-lain nampaknya lebih daripada yang diperuntukkan.

"Okey lah... aku kena pergi kedai beli barang mak aku ada pesan tadi."

Fazrin pun berjalan meninggalkan kami yang berdiri kaku dan tidak dapat berkata apa-apa selain daripada melihatkan dia pergi.

Ketibaan bas memeriahkan suasana, ramai budak-budak yang teruja dengan ketibaan bas tersebut kerana ini adalah detik yang dinanti-nantikan untuk pergi berkhemah. Kelihatan juga beberapa orang ibubapa yang sedang berbual dengan cikgu-cikgu yang menyertai perkhemahan ini berkemungkinan mereka sedang bertanyakan mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut.

Suasana didalam bas agak riuh umpama menyaksikan perlawanan bola sepak di dalam stadium, melihat riak muka pemandu bas tersebut kita dapat mengetahui tahap kesabaran yang ada pada dirinya setelah bertahun-tahun menimba pengalaman sebagai pemandu bas, atau berkemungkinan dia mempunyai masalah pendengaran yang kronik.

Cikgu yang turut serta dalam perkhemahan ini nampaknya telah berjaya melelapkan mata mungkin kerana terlalu penat membuat persediaan untuk perkhemahan ini, saya pula masih segar berjaga melihat kelakuan budak-budak lain sepanjang perjalanan yang kami rasakan amat jauh itu.

"jauhnya..." - keluh saya didalam hati.

Namun pun jauh dan perjalanannya yang memakan masa, pengalaman ini adalah yang pertama seumpamanya selain daripada rombongan ke muzium negara semasa berada di darjah empat.

Perjalanan kami sudah mula memasuki kawasan yang jalannya kecil dan keadaan sekeliling menunjukkan kawasan hutan yang tebal, bas yang tadi dipandu laju kini memperlahankan kenderaannya kerana jalan yang semakin sempit. Kelihatan penduduk-penduduk tempatan berniaga di luar rumah mereka sebagai sumber pendapatan dengan menjual petai, jering dan banyak lagi bahan mentah yang pelik bagi mata budak bandar, permandangan sebegini amat asing sekali bagi kami semua yang datang dari bandar Kuala Lumpur.

"eh... Isa, sungai lah... jernihnya air dia..."
Begitulah terujanya perasaan seorang pelajar yang pastinya pertama kali mendapat peluang melihat keindahan alam semulajadi sama juga seperti saya dan kebanyakan budak-budak yang berada didalam bas tersebut.

Isa hanya melihat keindahan sungai yang mengalir itu tanpa berkata apa-apa, dia beralih kesebelah kiri tempat duduk dalam bas untuk melihat dengan lebih jelas aliran sungai itu dan dia bagaikan terpukau dengan suasana yang baru baginya itu.


Melihatkan keadaan Isa, saya berkata dalam hati yang dia mungkin sedang terfikirkan perbezaan yang ketara antara sungai-sungai yang dilihatnya di bandar yang difikirkan selama ini adalah sifat sungai yang sememangnya begitu... keruh, berbau dan tercemar dengan sampah sarap.

Kerana jika tidak Isa seorang, saya juga terfikirkan perkara yang sama.

"tut... tut... tut... tut..." - alat amaran mengundur bas berbunyi.

Pemandu bas mengundurkan kenderaan untuk mencari tempat yang sesuai meletakkan kenderaannya yang panjang itu. Cikgu sudah pun turun untuk membantu bas tersebut mengundur, kelihatan cikgu berada di sebelah bas memberikan isyarat seperti polis trafik dan menahan kenderaan lain yang berada dibelakang bas yang kami naiki.

"beratur dihadapan saya dalam kumpulan masing-masing..." - arahan dikeluarkan oleh cikgu.

"cepat... cepat!!!" - teriak cikgu.

Semua budak-budak turun sarat dengan beg masing-masing dan berpusu-pusu untuk mencari rakan sekumpulan dan bergegas untuk masuk dalam barisan. Semasa berada didalam barisan, saya sempat memandang kawasan sekeliling untuk melihat keadaan yang asing itu dan saya melihat pintu masuk ke dalam hutan tersebut yang tertulis;

"HUTAN LIPUR SUNGAI CHONGKAK"


Kami berjalan diiringi oleh cikgu-cikgu menghala masuk dalam hutan tersebut, melintas satu jambatan kecil, kedengaran deruan air sungai yang deras, bunyi burung, udaranya yang begitu nyaman tidak pernah di alami sebelum ini. Perjalanan kami diteruskan dan jika tadi sungai yang kami lihat berada disebelah kiri, kini kami berjalan dengan sungai di sebelah kanan kami.

Tapak perkhemahan yang dipilih oleh cikgu berada di zon dua yang berada di seberang sungai, maka kami pun menyeberangi sungai tersebut dan berkumpul untuk mendengar taklimat daripada cikgu Majid. Cikgu majid ini orangnya pendek, badan penuh dan tegap seperti bull-dog, kulit gelap bersuara garau dan dikenali sebagai seorang cikgu yang garang disekolah.


kami meletakkan beg kebawah dan dalam keadaan berdiri, kami mendengar taklimat tersebut dengan teliti mengenai keselamatan yang ditekankan dan peraturan-peraturan yang harus kami patuhi sepanjang masa perkhemahan tersebut. Perkhemahan ini disertai oleh bilangan yang agak besar hampir 60 orang dimana peserta perempuan melebihi peserta lelaki.


"saya tak nak tengok ada lelaki yang pergi masuk
ke kawasan perkhemahan perempuan...!!!"
- tegas cikgu.

Kumpulan budak-budak perempuan membuat bunyi boo.... yang panjang ditujukan kepada budak-budak lelaki yang sedang mendengar pesanan tegas cikgu dengan penuh teliti.

"dan jangan ada pulak perempuan yang sibuk nak masuk
ke kawasan perkhemahan lelaki..!!!"
- kata cikgu pula.

Kini kumpulan budak-budak lelaki hanya tersenyum sinis.

Namun kata cikgu, peraturan kawasan ini hanya berkuatkuasa pada waktu malam sahaja. Kerana di siang harinya, kawasan kem lelaki digunakan sebagai tapak khemah kumpulan masing-masing untuk melakukan aktiviti memasak dan sebagainya.

Walaupun amat teruja dengan kejernihan sungai yang mengalir jernih, namun cuaca yang kini sudah gelap menjadi penghalang apabila cikgu-cikgu tidak membenarkan pelajar turun ke sungai melainkan mendapat arahan atau kebenaran sedemikian, ini adalah kerana langit yang gelap menunjukkan hujan berkemungkinan turun, sungai yang tadi jernih kini bertukar sedikit keruh menunjukkan di hulu sungai paras air sudah meningkat dan menjadi deras hasil daripada hujan di kawasan atas bukit dan langkah berjaga-jaga perlu diambil serta-merta.

Kerja-kerja menyiapkan tapak khemah diteruskan. Cikgu Sudirman kelihatan sedang berdiri di atas sebuah bongkah batu yang besar dan tinggi sambil memeluk tubuh, memerhati pergerakan kami di bawah ini.

Khemah dipasang dengan kemas, semua tali ditegangkan dengan baik. Tapak khemah disapu bersih daripada sampah dan daun-daun kering dengan menggunakan ranting-ranting kayu yang diikat seperti penyapu lidi. Ranting kayu yang besar dan kuat digunakan sebagai pancang khemah. Longkang kecil di korek menggunakan tangan disekeliling khemah untuk mengelakkan air mengalir masuk dibawah lantai. Gajet mudah seperti tempat menyidai baju basah, rak kasut, pagar tempat memasak adalah wajib untuk dilengkapkan.

Semua perkara ini dibimbing oleh cikgu-cikgu yang sentiasa bergerak memastikan semua ini berjalan dengan lancar.

Isa kembali dari sungai dengan membawa air untuk dimasak, cerek air ditenggek diatas tungku batu yang diambil daripada sungai, Nurul Huda menugaskan ahli kumpulan yang lain untuk mencari kayu dan ranting kering sebagai bahan api. Hujan tidak turun dikawasan perkhemahan kami, namun hari sudah gelap, jam menunjukkan pukul enam petang dan semua kerja dipercepatkan dan perlu berhenti rehat sebelum jam tujuh malam.

Pelita yang disediakan oleh cikgu, kami isi dengan minyak gas, menyalakan sumbunya dan digantung dihujung pagar kawasan khemah kami. Cahaya pelita tersebut cukup sekadar menerangi kawasan memasak sahaja namun ini sudah memadai.

Pada malam itu kami tidur pada jam sebelas malam selepas mendengar taklimat yang panjang daripada cikgu sudirman mengenai faktor-faktor keselamatan, disiplin dan peraturan perkhemahan, aktiviti yang akan dijalankan pada keesokan harinya dan pelbagai lagi perkara yang membuatkan ramai rasa letih kerana terpaksa duduk di atas tanah terlalu lama. Daripada penerangan cikgu Sudirman, jelas menunjukkan bahawa walaupun perkhemahan ini diuruskan oleh akela-akela Pengakap namun penyertaan dibuat terbuka kepada semua pelajar sekolah untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasakan pengalaman berkhemah.

Setelah selesai taklimat. saya kembali ke khemah bersama isa, fadzil dan hafis dan membersihkan pasir dalam khemah dan bersedia untuk tidur. Dengan berbantalkan beg yang penuh dengan kain baju, tidak lama masa yang diambil untuk saya melelapkan mata dibuai mimpi.

Malam pun berlalu pagi pula menjelma, sinar mentari segar memancar dicelah-celah daun pokok-pokok yang tebal. Saya bangun dan duduk termenung di pintu khemah seperti orang yang tidak pasti dia berada dimana.

Tiba-tiba;

"teetttttttttttttt..............." - tiupan wisel nada panjang.

semua orang kaku berhenti segala pergerakan dan senyap segala perbualan sambil mengimbas kembali talimat malam tadi yang mengenai isyarat panggilan wisel, setelah seketika...

"teetttttttttttttt..............."

Satu lagi tiupan wisel nada panjang, di ikuti oleh enam nada pendek yang tajam.

"teettt... teettt... teettt... teettt... teettt... teettt..."

Semua orang bergegas berlari meninggalkan kerja masing-masing dan dengan pantas beratur dihadapan cikgu-cikgu yang sedang menunggu di ruang untuk berkumpul.

Taklimat kali ini diberikan oleh Cikgu Sukardi untuk aktiviti Jungle Tracking tetapi bukan semua peserta dapat menyertainya, tugas perlu dibahagikan untuk menjalankan aktiviti dan memasak. Cikgu Sukardi ini seorang yang tinggi lampai, muda dan kacak, muka seiras penyanyi indonesia yang saya tak ingat namanya, garang dan sentiasa pegang rotan di tangannya.

"okey, jadi yang pergi jungle tracking... Isa, Hafis, Shuhada" - jelas Nurul Huda.

Manakala Nurul Huda, Fadzil dan saya akan berada di tapak perkhemahan untuk meneruskan aktiviti memasak untuk pertandingan hidangan makanan tengahari nanti. Masa mula memasak serentak dengan pelepasan peserta jungle tracking iaitu pada jam sembilan pagi dan mereka akan kembali ke tapak kem untuk membantu kami memasak dalam jam sebelas pagi kerana hidangan masakan perlu dipersembahkan kepada cikgu tepat pada jam dua belas tengahari.

Sebagai Penolong Kuartermaster saya menjalankan tugas dengan menyediakan kelengkapan peralatan untuk memasak termasuk menyediakan dapur untuk aktiviti tersebut.

Sedang saya sibuk menyusun kayu api untuk menyalakan dapur, saya melihat fadzil menukar pakaian untuk pergi mandi di sungai tanpa memperdulikan kami yang sedang bersedia untuk memasak ini. Fadzil adalah seorang budak sebaya umur yang badannya agak gempal, pendek dan walaupun mukanya manis dipandang namun sikap pemalas dan tidak mahu bekerjasamanya jelas terpancar.

"masukkan bawang..." - kata Nurul Huda

Satu persatu bahan mentah kami masukkan untuk melengkapkan lauk sayur masak kicap resipi yang kami rasakan sudah memadai untuk memenangi hati cikgu yang akan memberi markah.

"eh... kau orang dah siap masak dah...?" - Fadzil pura-pura bertanya sekembali dari sungai.

"okey, sebab kau tak tolong masak,"

"kau bersihkan sisa-sisa makanan ini dan isi semula minyak pelita" - kata Nurul Huda kepadanya

Nurul Huda terus mengacau lauk yang sedang mendidih itu sambil saya melihat dari tepi. Nampak gayanya agak bagus kemajuan setakat ini, khemah sudah dibersihkan, masakan hampir selesai dan semuanya berjalan lancar sehingga;

"alamak..." - Fadzil dengan nada tak sengaja.

"kau gila ke apa!!!"
"dah lah malas nak buat kerja, suruh buat kerja senang pun tak boleh" - teriak Nuruk Huda


"kenapa Huda...?" - saya bertanya dengan nada tenang cuba untuk menenangkan dia.

"si pemalas ni ha... dia tuang minyak gas dalam sayur ni...!!!" - jelas Nurul Huda.

Saya pula naik berang dan Nurul Huda menenangkan saya. Datang pula Isa dan yang lain baru kembali dari aktiviti jungle tracking dan bertanya apa yang sedang berlaku.

Sepanjang sepuluh minit itu adalah tempoh yang begitu lama bagi Fadzil terpaksa berhadapan dengan cemuhan rakan-rakan yang kesal dengan sikap cuainya. Saya duduk di suatu sudut di tepi pokok yang besar untuk menenangkan diri dari perasaan marah dan sedih kerana kejadian sebentar tadi sementara yang lain masih lagi menghukum Fadzil secara deraan mental.

Semasa sedang duduk di pokok itu, saya memerhatikan seorang budak yang sedang disoal oleh cikgu Sukardi sambil diperhatikan oleh cikgu Majid kerana membawa senjata tajam yang besar dan merbahaya, pisau yang dibawanya lebih besar dari lengannya sendiri dan fungsi pisau tersebut adalah sebagai senjata pertempuran jarak dekat yang di pasangkan di hujung senapang atau rifel. Pisau sebegini dinamakan sebagai Bayonet.

Dari jarak jauh saya memerhatikan pergerakan bibir cikgu-cikgu yang menyoalnya dan dari jawapannya yang saya dapat agak ialah pisau tersebut kepunyaan abangnya yang bekerja sebagai tentera dan diberi pinjam kepadanya untuk perkhemahan ini. Walaupun kuathir dengan keselamatan penggunaannya, cikgu telah memberi peluang kepadanya untuk menggunakannya dengan selamat.

Saya hanya mengenali budak itu disekolah kerana dia seorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin kerana hidupnya miskin. Dia hadir ke sekolah setiap hari dengan baju yang kotor dan dalam keadaan yang tidak terurus, ramai cikgu yang kerap memarahinya kerana penampilannya yang sebegitu rupa.

"kelawar...!!!"
- budak miskin itu teriak.

Dipercayai kelawar itu mungkin diserang burung dan jatuh ke tanah berdekatan dengan khemah lelaki. Walaupun sebenarnya pada masa itu kami merumuskan bahawa kelawar ini mungkin jatuh kerana terlanggar pokok, tapi kelawar terbang menggunakan imbasan sonar untuk mengelak halangan didepannya dan ia terbang lazimnya pada waktu malam, bagaimana pula kelawar ini boleh cuai dan jatuh?.

Menggunakan bayonet tersebut, dia mengangkat kelawar itu dan tunjukkan pada cikgu Sukardi. Cikgu menerangkan bahawa kelawar ini adalah kelawar dewasa tetapi dari spesis bersaiz kecil dan jarang ditemui di kawasan seperti di Sungai Chongkak.

Kesempatan ini saya ambil untuk melihat kelawar itu dengan mata sendiri. Rupa fizikalnya yang lebih kecil daripada telapak tangan, berperut buncit dan mata yang berwarna merah amat menakjubkan, ia mengeluarkan bunyi yang halus dan menyeramkan. Cikgu Sukardi mengambil kelawar itu dan meletakkannya jauh didalam semak supaya ia tidak diganggu sehingga ia pulih dari kecederaannya.

Dalam saya masih lagi terbayang-bayang mengenai nasib kelawar itu, tiba-tiba;

"teetttttttttttttt..............." - tiupan wisel nada panjang, setelah seketika...

"teetttttttttttttt..............."

Satu lagi tiupan wisel nada panjang, di ikuti oleh enam nada pendek yang tajam.

"teettt... teettt... teettt...
teettt... teettt... teettt..." - wisel ditiup oleh cikgu Sudirman isyarat berkumpul.

Semua peserta berkumpul dan bersedia untuk mendengar apa yang akan disampaikan oleh cikgu Sudirman. Cikgu Sudirman adalah cikgu yang terkacak di dalam sekolah mengalahkan barisan cikgu lelaki yang lain. Berbadan tinggi dan tegap, berkulit hitam manis, senyuman yang penuh keyakinan, seorang yang kreatif dan dihormati oleh murid-murid dan rakan setugas.

"senyap! dan dengar sini betul-betul apa saya nak cakap." - tegas cikgu Sudirman.

Dia pun meneruskan taklimatnya mengenai pertandingan memasak untuk hari tersebut dan berharap semua peserta telah bersedia untuk menghidangkan masakan masing-masing di hadapan barisan juri-juri yang terdiri daripada cikgu-cikgu yang menyertai perkhemahan tersebut termasuk dirinya sendiri.

Semua hidangan telah dituliskan dengan nama kumpulan masing-masing dan dihidangkan sepertimana dikehendaki oleh cikgu Sudirman dan semua peserta berdiri mengelilingi tempat hidangan dan menunggu dengan penuh teruja sambil para juri menguji rasa masakan tersebut satu-persatu.

Giliran mengikut kumpulan dan akhirnya sampai ke giliran kumpulan kami;

"baiklah, kini kita uji pula resipi masakan kumpulan nombor....... enam" - kata cikgu Majid.

Fadzil pada masa ini hanya mampu menundukkan kepalanya...
Isa dan yang lain cuba menyembunyikan perasaan ingin ketawa...
Nurul Huda menumpukan perhatiannya pada riak muka cikgu Majid yang sedang menguji dengan sudu...
Saya mengalami masalah penafasan mungkin kerana panik..

Cikgu Majid pula;

"sedap! boleh tahan... " - katanya.

Di akhirnya, walaupun kumpulan kami tidak memenangi pertandingan tersebut, namun kecuaian Fadzil tidak menjadi masalah besar kepada kumpulan kami kerana tidak dapat dikesan secara fizikal. Kami meneruskan tugas masing-masing selepas makan tengahari dan bersedia untuk aktiviti pada waktu petangnya.

Pada waktu malamnya kami menghabiskan masa bercerita sesama sendiri mengenai apa yang telah dilalui pada siangnya, bertukar-tukar cerita berkenaan dengan aktiviti jungle tracking dan memasak dan ketawa, bergurau senda dan jelasnya mempamerkan rasa gembira dapat menimba pengalaman dalam masa yang singkat. Yang penting kami berasa gembira.

Tiba-tiba hujan pun turun dengan lebat ;p

Artikel ini bersambung di "Identiti Seorang Pengakap (Bahagian:4)" dan baca seterusnya tentang pengalaman hidup penulis semasa mengikuti perkhemahan Pengakap yang pertama pada awal tahun 1993 semasa bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Kudin, Raub. Pahang.

Saturday, September 27, 2008

Identiti Seorang Pengakap (Bahagian: 2)

"ey... cikgu sudirman kata dia nak buat camping la nanti" - kata seorang pelajar kepada kawannya.

"dekat mana dia nak buat" - kawannya bertanya.

"entah..." - dia menjawab.

Perbualan ini saya dengar semasa dalam perjalanan turun tangga menuju ke bilik darjah selepas keluar daripada bilik guru. Sepanjang perjalanan ke bilik darjah saya tidak berhenti memikirkan perbualan budak-budak tadi... cuba membayangkan apa agaknya rupa dan keadaan camping itu... seperti pernah didengari dan seperti pernah melalui pengalaman tersebut....


"oh yer..." - saya berkata dalam hati.

"papa pernah belikan khemah masa dekat seremban dulu...."


Pengalaman berkhemah semasa berumur 4 tahun saya kenang kembali ketika ibubapa saya mengajar saya keseronokan memasak, makan dan tidur di kawasan terbuka. Khemah itu berwarna biru dari jenis "A" berdinding yang boleh memuatkan 4 orang kanak-kanak dengan selesa (dulu khemah jenis "dome" belum ada dipasaran tempatan) dan kami dilatih untuk berkhemah untuk satu malam di satu kawasan berhutan di Bahau, Seremban.

"tanya mama lah, boleh pergi tak...?" saya bercakap seorang diri.

Dalam pada itu, semua budak-budak sudah sibuk berpakat antara satu sama lain untuk memilih kawan-kawan untuk melengkapkan setiap kumpulan kecil 6 orang ahli yang di ketuai oleh seorang ketua.

Dalam waktu sebegini agak susah bagi saya, dengan sikap saya yang suka menyendiri selama ini, tidak mahu bercampur dengan sebarangan orang membuatkan saya sukar untuk mencari tempat dalam mana-mana kumpulan untuk perkhemahan ini.

Dalam keadaan keseorangan termenung dan terkapai-kapai tanpa haluan, tiba-tiba...

"oii... Famie!!!"

(keluarga dan kawan-kawan memang memanggil saya dengan nama penuh sejak kecil lagi)

"kau pergi tak?... aku dah tanya mak aku semalam dia kata aku boleh pergi" - kata Fazrin

Saya hanya berdiam dan mengangkat bahu menunjukkan isyarat tak tahu.

"meh aku tanya ketua aku kau boleh masuk tak...?" - kata Fazrin lagi.


Ketua untuk kumpulan yang sertai oleh Fazrin ini adalah seorang perempuan sebaya umur yang saya tidak kenal sebelum ini. Fazrin mengenalkan saya kepada Nurul Huda dan bertanya kepada dia samada saya boleh menyertai kumpulan mereka walaupun pada waktu itu kumpulan yang diketuai oleh Nurul Huda ini sudah pun mencukupi 6 orang ahli.

"kau betul ker nak pergi ni...?" - tanya Nurul Huda kepada saya.

Saya memberi jawapan dengan hanya menganggukkan kepala sebagai isyarat berkata "ya"


Walaupun dalam keadaan ragu-ragu untuk menambah bilangan ahli dalam kumpulannya, saya kira bahawa Nurul Huda tidak sampai hati untuk menghampakan perasaan saya walaupun dia tidak mengenali saya sebelum ini. Dia telah membuka peluang kepada saya untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan membuatkan hati saya gembira.

"okey macam ni, kita pakat sekarang... bahan makanan mentah yang..."

Nurul Huda meneruskan penerangannya yang panjang lebar mengenai taklimat yang cikgu sudirman telah berikan pada mereka sehari sebelum itu dan berbincang dengan kumpulannya yang tujuh orang ahli itu untuk menyelaraskan senarai bahan makanan dan peralatan yang akan digunakan nanti.

Sebagai tanda perkenalan, Nurul Huda melantik saya untuk memegang jawatan sebagai Penolong Kuartermaster dalam kumpulan ini dan ini adalah pertama kali saya diamanahkan untuk memegang jawatan dalam hidup saya. Dengan ketidakpastian tentang apa tugas yang perlu saya lakukan dan apakah tanggungjawab yang perlu saya pikul dalam kumpulan itu, saya pun gembira menerima perlantikan itu. Satu penghormatan buat saya.

Selepas pulang ke rumah petang itu, saya meminta keizinan daripada ibu saya untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan saya mengimbas semula kenangan berkhemah di Seremban masa dulu bagi menyakinkan dia supaya membenarkan saya pergi.

Seketika lama dia membuat pertimbangan, akhirnya dia membenarkan saya menyertai perkhemahan itu dengan satu syarat... saya mesti balik dalam keadaan selamat dan tidak tercedera.

"you must always ensure your safety and don't get injured" - kata ibu saya.

Nasihatnya itu tidak masuk akal pada waktu itu kerana hati yang gembira ini meliputi tahap kesedaran yang lain dan apa yang saya dapat fikirkan adalah perkhemahan yang seronok dan mencabar. Tidak saya ambil kira pesanannya itu sehinggalah saya berumur 16 tahun ketika menjadi ketua dalam satu perkhemahan Pengakap.

Maka bermulalah persiapan saya untuk melengkapkan beg baju dan kelengkapan lain. Pada siang hari selepas balik sekolah saya akan terus membuka semula beg yang telah disiapkan itu untuk memastikan tiada barang yang tertinggal, di malam hari pula sebelum tidur saya akan memastikan juga tiada barang yang tertinggal, sebelum tidur saya akan membayangkan perkara yang akan saya lakukan disana. Semua ini berlarutan selama dua hari sehinggalah tiba hari yang ditunggu-tunggu untuk berkumpul di sekolah dan bertolak menaiki bas yang telah disewa.

Artikel ini bersambung di "identiti Seorang Pengakap (Bahagian:3)" dan baca seterusnya bagaimana 7 orang ahli akhirnya kembali ke bilangan 6 orang dan bagaimana pengalaman penulis berkhemah buat pertama kali dan dimana perkhemahan itu dianjurkan.

Friday, September 26, 2008

Identiti Seorang Pengakap (Bahagian: 1)

Semasa tahun 1991 saya berada di darjah 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Cheras (pada waktu itu dikenali sebagai Sek Kebangsaan Batu Tiga Cheras).

Saya memang seorang yang bersifat lone ranger sejak kecil lagi, pada satu hari semasa sedang belajar dalam kelas (masa sekolah rendah tak lah fokus sangat pada apa yang cikgu ajar, kita banyak bermain dan bergurau dengan rakan-rakan kelas)

Tiba-tiba loceng sekolah berbunyi dengan kuat,

"Trriiingggggggggggggggg..............."


dan semua budak-budak sekolah berlari berselerakkan keluar daripada kelas masing-masing dan mengejar barisan untuk beratur di kantin, itulah situasi setiap hari setiap kali tibanya waktu rehat dimana semua budak-budak akan menunggu waktu ini setiap hari dengan hati yang gembira.

Lord Baden Powell selepas bersara
dengan jawatan Jeneral tentera British
dan menumpukan sepenuh usaha untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti Pengakap

Seperti biasa saya tidak akan berasak-asak dalam gerombolan pelajar yang ramai itu... saya akan berjalan seorang diri untuk menikmati waktu rehat itu dengan tenang dan jauh dari bunyi bising.

Biasa lah masa zaman itu sekolah ada dua sessi pagi dan petang, saya sekolah pagi pada waktu itu. Saya pun ambil keputusan untuk duduk di tepi gelanggang bola keranjang untuk melihat sekumpulan kecil pelajar sedang belajar menyanyi lagu yang pelik dengan seorang cikgu yang namanya cikgu Sudirman (sehingga sekarang saya masih lagi cuba mencari dia melalui Kementerian Pelajaran namun masih belum dapat jumpa), dia adalah salah seorang daripada Akela di sekolah itu.


Apa itu Akela? ramai kalangan Pengakap kini yang tidak menyebut perkataan Akela ini.


Akela adalah gelaran bagi seorang pemimpin untuk Pengakap di sekolah rendah sahaja. Cara sebutan yang betul adalah Akeela (akila) namun terlalu ramai yang tidak mengetahui fakta ini


Kenapa begitu pelik nama pemimpin Pengakap ini?


Akeela adalah nama watak seekor serigala dalam cerita "The Jungle Book" karya Rudyard Kipling yang diterbitkan dalam bentuk buku cerita dan animasi. Jungle book adalah kartun yang saya amat gemari masa kecil semasa berumur 5 tahun dan saya akan tengok video tersebut berulang-ulang kali, dulu tiada VCD. Tidak sangka semasa itu video tersebut ada kena mengena dengan Pengakap.

Baden Powell semasa berkhidmat
dengan tentera sebagai seorang kapten
unit berkuda

Akeela dalam cerita itu adalah bapa angkat kepada Mowgli seorang budak kecil yang di besarkannya atas dasar kasihan kerana budak tersebut sesat dalam hutan. Maka akeela lah yang bertanggungjawab memimpin Mowgli untuk hidup dalam hutan dan mengajar ilmu-ilmu kepandaian untuk nya hidup dengan selamat.


Kita akan kelak bincang mengenai Akeela ini dalam artikel yang berasingan, mari kita balik semula kepada cerita saya semasa saya duduk di tepi gelanggang bola keranjang tadi...


Saya melihat sebahagian daripada budak-budak tersebut memakai uniform Pengakap manakala yang lain tidak namun semua ada satu persamaan yang ketara... adakah anda tahu apakah persamaan yang terdapat pada mereka...?


Kesemua mereka menyisipkan tali Pengakap berwarna putih di sebelah kiri pinggang mereka.


Di antara budak-budak yang ada di situ sebagai ahli Pengakap adalah ketua darjah saya (yang tidak pergi rehat sebaliknya mengambil kesempatan untuk bersama dengan Akeela) namanya adalah Mohd Azizi.


Saya pun teruskan sahaja melihat dari tepi gelanggang tersebut sehingga loceng bebunyi semula menandakan waktu rehat tamat.


Menyedari minat saya terhadap Pengakap, Azizi memulakan langkahnya untuk menyakinkan saya untuk mengikuti Pengakap secara aktif, lebih-lebih lagi dia adalah ketua darjah saya. Semasa dalam bilik darjah, dia memanggil saya dan menjemput saya untuk ke rumahnya untuk membantu dia menyiapkan projek subjek Alam & Manusia (sekarang subjek ini di panggil sebagai Sains) di rumahnya di Flat Sri Johor batu tiga setengah Cheras.

Baden Powell sentiasa membuat penampilan segak untuk
melatih para Pengakap menjadi seorang yang berkeyakinan.

Setibanya saya dirumahnya petang itu, perkara pertama yang dia katakan pada saya ialah:


"Famie, aku nak tunjuk pada engkau bertapa kuatnya tali pengakap, bila dah ikat kau tarik takkan putus..." - kata Azizi.



dia terus membuat demonstrasi di sebatang tiang menegak di tepi rumahnya. Dia menggunakan tali Pengakap itu untuk menambat tiang tersebut dengan ikatan balak.


"okey, cuba kau tarik sekuat hati kau, ikatan Pengakap ni tidak akan terlepas dan tali ini tak akan putus walau kau kuat tarik macamana pun... Cikgu Sudirman kata kita boleh tarik kayu balak dengan tali ni..." - kata Azizi lagi


Anda bayangkan peranan Azizi dalam memperkenalkan saya kepada Pengakap. Dia tidak menggunakan kaedah yang memaksa dan tidak pula mencanangkan keseronakan bergembira dalam aktiviti Pengakap. Dia menggunakan ikatan balak untuk menarik perhatian saya dan peranannya yang kecil ini kekal dalam ingatan saya hingga sekarang, peranannya menyumbang kepada seorang lagi warganegara yang akan menjadi seorang pemimpin di masa hadapan.

Aktiviti Pengakap amat menarik dan sesuai untuk membina jatidiri remaja.

Azizi menghadiahkan tali tersebut kepada saya untuk saya gunakan dalam kehidupan seharian, semenjak dari hari itu, tali tersebut saya bawa dalam poket kemana sahaja walaupun ke surau dan setiap masa yang saya luangkan selain dari kerja sekolah dan kerja rumah saya gunakan untuk membelek tali tersebut.

Pengakap menjalankan aktiviti yang mencabar minda dan fizikal untuk
melahirkan individu yang berkepimpinan tinggi untuk negara.

Artikel ini bersambung di "identiti Seorang Pengakap (Bahagian:2)" dan baca bagaimana penulis menyertai perkhemahan yang pertama dan jawatan yang diberikan oleh ketua patrolnya yang bernama Nurul Huda.

Wednesday, September 24, 2008

Jamuan Berbuka Puasa Lembah Pantai 2008

Saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana terkandas di Melaka dengan kerja yang agak sibuk sejak akhir-akhir ini, Tuan DC telah menghubungi saya ketika beliau tiba di Times Square dan saya menyatakan ketidakhadiran saya...

En. Zainor Sham Abdullah DC Lembah Pantai
Kelihatan ceria menjamu selera dengan rakan-rakan.

Namun, senarai mereka yang menjayakan majlis yang kecil ini adalah seperti berikut:

  1. En. Zainor Sham
  2. YM. Raja Mohd Norhisham
  3. En. Iskandar Muda
  4. En. Khairul Affendy
  5. En. Azrai Baharuddin
  6. En. Muiz Misri
  7. En. Farouk Singh
  8. En. Sulaiman Sidek
  9. En. Zairol Azmi
  10. En. Wan Firdaus
  11. En. Farizal
  12. En. Abdul Jalil
  13. En. Fairuz
Dari kiri: En. Azrai, En. Fairuz, En. Farouk Singh,
En. Zairol Azmi dan En. Muiz

Dari kiri: En. Wan Firdaus, En. Faizal,
YM. Raja dan En. abdul Jalil

Gambar ini memerlukan pemerhatian yang teliti sebagai seorang Pengakap...
Apa yang silap? mereka ini berposing untuk bergambar...
tapi En. Fairuz kita lupa nak pegang ayam.

En. Abdul Jalil dan ADC Teknologi Komunikasi En. Khairul Affendy.

Ceria tahap dewa... mereka ini sudah kekenyangan makan
ayam banyak sangat mereka hanya mampu senyum
tanpa memperdulikan apa orang sekeliling kata.

Tidak cukup dengan menganggu En. Iskandar,
kini En. Azrai duduk di sebelah Tuan DC pula
yang sedang membelek alat kelui zaman 1990an.

YM. Raja Mohd Norhisham seorang ADC Latihan
yang berkaliber dan antara yang terkacak dalam
barisan lelaki kacak dalam komuniti
Parlimen Lembah Pantai.

"alahai... macamana nak makan ayam nie...
lupa lah... dah lama sangat puasa.."

"apa tengok-tengok... orang dah kenyang bangat nie"

Harzt Chicken Buffet ini terletak di Times Square tingkat 4 (mungkin 3, dah lupa) dan menyediakan menu makanan utamanya iaitu ayam pelbagai masakan di samping menu sampingan yang sangat menarik. Saya sudah 3 ramadhan berbuka puasa di tempat ini namun pada tahun ini tidak kesampaian kerana sibuk dan jauh dari KL. Bayaran buffet tersebut adalah RM16.00 ++ tetapi semasa mereka datang baru-baru ini untuk berbuka puasa harga tersebut sudah naik kepada RM22.00 ++ namun pada saya masih berbaloi.

Orang arab suka makan sini sebab murah dan sedap.

Menjadi Seorang Pengakap...

Mengapa anda memilih untuk menjadi seorang Pengakap ?

Untuk menjadi seorang Pengakap yang baik adalah untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Pernahkah anda terfikir bagaimana anda boleh melengkapkan diri anda dengan kriteria yang sedimikian dan mengamalkannya selagi anda hidup?. Mari kita renung sejenak apa yang dipesan oleh Lord Baden Powell of Gilwell semasa Pengakap sedang tersebar luas diseantero dunia pada awal tahun 1910.


“I had an idea, I saw a vision,

now we have a movement.

But if we don’t watch out……….

we will end up only having an organization.”

- Lord Baden Powell -

Pernahkah anda membayangkan bagaimana Pengakap ini mampu menjadi sebuah pertubuhan yang begitu besar dengan hanya bermula dengan sebuah perkhemahan percubaan 20 orang pertama di sebuah Pulau yang bernama Pulau Brownsea. Pada zaman itu ada juga pertubuhan belia lain yang agak terkenal namun tidak sehebat Pengakap antaranya ialah Boy’s Brigade dan Red Crescent. Apa yang membezakan antara Pengakap dengan Boy’s Brigade, Red Crescent dan lain lain pertubuhan belia yang ada di negara kita sekarang ini, cuba renungkan dan kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang dari masa ke semasa.

Apabila kita menyertai pergerakan Pengakap, kita haruslah berusaha untuk menjadi seorang Pengakap yang baik jika tidak yang terbaik. Perkataan “baik” disini bermakna bagus, perkataan “bagus” disini bermakna bijak dan perkataan “bijak” disini meliputi dalam semua bidang yang kita ceburi, didalam semua keadaan dan dimana sahaja. Kita tidak perlu menumpukan perhatian terhadap perkataan “terbaik” cukup untuk anda mencapai tahap “baik” kerana apabila anda sudah berada pada tahap itu maka terbaik itu adalah dihadapan mata.

Apabila dikatakan Pengakap yang baik apa yang anda dapat gambarkan tentang seseorang itu?

Secara ringkasnya begini,

Jika sifulan itu adalah lelaki maka dia adalah lelaki yang hampir kepada kesempurnaan, jika dia adalah seorang suami maka dia adalah suami yang baik, penyayang dan jujur. Jika dia menjadi seorang bapa maka dia adalah seorang bapa yang baik, Bijak, Cerdik, Pintar, penyayang. Jika dia adalah seorang guru dia adalah seorang guru yang baik, tegas, adil dan bersifat seorang pendidik. Jika dia adalah seorang pekerja dia adalah seorang pekerja yang berdisiplin, setia serta jujur kepada majikan. Jika dia adalah majikan dia adalah seorang majikan yang adil dan bijak.

Jadi jika anda renungkan secara terperinci peribadi seseorang yang bergelar Pengakap, dia akan meminimumkan sifat sifat negatif dan mengamalkan sifat yang positif seperti yang diterangkan.

Pengakap itu tidak bodoh.

Bermakna Pengakap itu mestilah seorang yang cerdik, bijak dan sebagainya. Semasa awal penemuan pergerakan ini dahulu Lord Baden Powell selalu memberi penekanan terhadap latihan permerhatian yang boleh membantu pengakap itu untuk meningkatkan ilmu kemahirannya sebagai seorang pengakap. Penulisan beliau didalam buku Scouting for boys telah banyak membantu para Pengakap diseluruh dunia untuk menjalankan aktiviti berpandukan dan merujuk kepada isi didalam buku itu.

Tuesday, September 23, 2008

Kelas Dataran Merdeka

Kelas Dataran Merdeka (KDM) akan dibuka semula pada hari Ahad minggu ke-3 pada bulan Oktober 2008 ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Pengurus Kelas Cik Erma Yanti (012-7751921) atau Penyelia Kelas Cik Mahani Leow (017-6275830).

Badan pengurusan KDM dengan ini mengucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal yang bakal tiba dan jumpa anda semua di kelas nanti.

Pengarah Kelas : En. Famie Shafie
Pengarah Kelas : En. Zainor Sham

Ketua Tenaga Pengajar : YM. Raja Mohd Norhisham

Pengurus Kelas : Cik Erma Yanti
Penyelia Kelas : Cik Mahani Leow

Pengakap Itu Bijak

01001101011000010110111001100001001011010110110101100001011011100110000100100000
01010000011001010110111001100111011000010110101101100001011100000010000001111001
01100001011011100110011100100000011000100110010101110010011010100110000101111001
01100001001000000110110101100101011011010110010101100011011000010110100001101011
01100001011011100010000001101011011011110110010000100000011000100110100101101110
01100001011100100111100100100000011010010110111001101001001000000110010001101001
01101011011010010111001001100001001000000111001101100101011000100110000101100111
01100001011010010010000001100001011011100111010001100001011100100110000100100000
01010000011001010110111001100111011000010110101101100001011100000010000001111001
01100001011011100110011100100000011000100110100101101010011000010110101100100000
01101011011001010111001001100001011011100110000100100000011011010110010101101101
01110000011101010110111001111001011000010110100100100000011001000110000101111001
01100001001000000111010101110011011000010110100001100001001000000111010101101110
01110100011101010110101100100000011011010110010101101110011110010110010101101100
01100101011100110110000101101001011010110110000101101110001000000110110101100001
01110011011000010110110001100001011010000010111000100000010100110110100101101100
01100001001000000110100001100001011011100111010001100001011100100010000001100101
01101101011000010110100101101100001000000110101101100101011100000110000101100100
01100001001000000111001101100001011110010110000100100000011001000110100100100000
01100110011000010110110101101001011001010111001101101000011000010110011001101001
01100101010000000111100101100001011010000110111101101111001011100110001101101111
01101101001000000110010001100001011011100010000001110100011000010110100101110000
01101011011000010110111000100000011011100110000101101101011000010010000001110000
01100101011011100111010101101000001011000010000001101110011011110110110101100010
01101111011100100010000001110100011001010110110001100101011001100110111101101110
00100000011001000110000101101110001000000111000001100101011100100110101101100001
01110100011000010110000101101110001000000100011001100001011011010110100101100101
0010000001010000011000010110111001100100011000010110100100101110

01001101011110010010000001101110011000010110110101100101

01001101011110010010000001100010011010010111001001110100011010000010000001101110
01100001011011010110010100100000011010010111001100100000010001100110000101101101
01101001011001010010000001000010011010010110111000100000010100110110100001100001
01100110011010010110010100101100001000000110110101111001001000000111001001100101
01100001011011000010000001101110011000010110110101100101001000000110100101110011
00100000010011010110010101100111011000010111010000100000010001100110000101101101
01101001011001010010000001000010011010010110111000100000010100110110100001100001
01100110011010010110010100101100001000000100100100100000011101010111001101100101
00100000010001100110000101101101011010010110010100100000010100110110100001100001
01100110011010010110010100100000011000010111001100100000011011010111100100100000
01101111011001100110011001101001011000110110100101100001011011000010000001101110
01100001011011010110010100101110

Kaedah Menganggar Ketinggian

TEKNIK: Timbering
Penulisan dibawah ini dipetik daripada isi buku yang dikarang oleh Famie Shafie dalam buku Anggar. Tujuan: untuk menganggar ketinggian objek yang besar seperti bangunan sekolah, bangunan pejabat, menara kawalan. Untuk menganggar ketinggian objek yang tidak besar dan menegak seperti pokok, tiang bendera, tiang lampu, menara kawalan dan sebagainya. Alat Bantuan: tongkat, pensil, pen, ranting yang lurus, sudu, garfu. Keberkesanan: antara teknik yang paling mudah dan telah digunakan secara meluas sejak sekian lama oleh penebang pokok. Hanya boleh di kira sebagai berkesan pada jarak 100 kaki. Kelemahan: memerlukan kawasan yang luas dan tidak boleh digunakan jika terdapat halangan di sekeliling objek yang hendak di anggar. Kelebihan: Pantas, Siang atau malam. Sekiranya objek yang hendak di anggar ketinggiannya adalah sebatang pokok dan anda melakukan aktiviti ini bersama seorang rakan maka ikuti langkah-langkah berikut; Minta rakan anda berdiri berhampiran dengan pokok tersebut. (Lihat gambarajah dibawah ini) Dengan menggunakan alat penyukat yang mudah diperolehi seperti pen atau pensil, anda dikehendaki berdiri di satu tempat dengan jarak 150kaki (60 Langkah, Standard Military Pace, SMP) dari objek tersebut. Luruskan kehadapan sebelah tangan yang memegang pensil, pastikan pensil dalam kedudukan menegak. Genggam pensil tersebut pada bahagian yang paling bawah dengan menggunakan 4 jari, ibu jari di tegakkan ke atas (seperti membuat isyarat bagus) dan rapat kepada pensil tersebut. Dengan memastikan tangan anda lurus kehadapan, anda perlu berjalan kehadapan atau kebelakang secara lurus sehingga puncak ibu jari anda berada separas dengan pangkal pokok dan puncak pensil anda separas dengan puncak pokok tersebut. Seperti yang anda dapat perhatikan, ketinggian pokok dari pangkal (seperti yang di label ’A’) hingga ke puncak (seperti yang di label ’B’) belum lagi di ketahui. Dengan mengekalkan kedudukan penanda ibujari anda, gerakkan pensil dari keadaan menegak kepada mendatar seperti mana yang dapat anda perhatikan. Kemudian minta rakan anda untuk berjalan secara lurus sehingga kedudukannya berada dihujung puncak pensil tersebut daripada pandangan anda. Kini minta rakan anda untuk mengira jumlah langkah dari tempat dia berdiri sehingga ke pangkal pokok tersebut. Satu langkah bersamaan dengan 2.5 kaki, bermakna sekiranya jumlah langkah dari tempat dia berdiri ke pangkal pokok adalah sebanyak 7 langkah ini menunjukkan anggaran ketinggian pokok tersebut adalah 17.5 kaki.

DAPATKAN BUKU INI SEKARANG DI SHOPEE PADA HARGA PROMOSI RM9.00 SENASKAH

https://shopee.com.my/Buku-Seni-Sukat-Anggar-i.327001830.5858904377

Tali Dalam Kehidupan Pengakap

Penulisan dibawah ini dipetik daripada isi buku yang
dikarang oleh Famie Shafie

MENGENAL JENIS TALI
Tali telah diketahui dalam sejarah pembuatannya diperbuat daripada pelbagai bahan yang di fikirkan boleh di jadikan tali daripada serat pokok ke akar kayu hingga ke polimer. Setiap jenis tali mempunyai kegunaan yang berbeza mengikut keadaan.

Tidak mengira tali tersebut diperbuat daripada bahan apa ia hanya terbahagi kepada dua sifat utama; dinamik dan statik. Dinamik bermakna pergerakan, manakala statik adalah benda yang tidak bergerak seperti berdiri tegak juga di tafsir sebagai statik.

Ambil seutas tali yang bersifat dinamik dan seutas yang bersifat statik kedua-duanya sepanjang 2 meter. Tali-tali tersebut apabila ditarik akan menunjukkan nilai sifatnya di mana tali yang bersifat dinamik mempunyai nilai memeri, iaitu bila ditarik akan memanjang sebanyak 3 hingga 5 peratus dan apabila dilepaskan ia akan kembali pada panjang yang asal. Manakala tali yang bersifat statik apabila ditarik ia tidak memanjang malah menjadi keras dan kuat. Cuba anda kaji kes berikut dan cuba bayangkan keadaan dan kegunaan tali yang sesuai;

Jika terdapat pohon pokok setinggi 20 kaki yang telah mati dan kering di kawasan rumah anda dan keadaan dahan-dahan pokok tersebut merbahaya bagi orang yang lalu lalang dan anda membuat keputusan untuk mematahkan dahan-dahan pokok tersebut dengan cara mencampakkan tali yang bertanjul di hujungnya ke dahan tersebut dan merentap dengan kuat untuk mematahkan dahan tersebut. Apakah sifat tali yang perlu digunakan?

Untuk rentapan kita menggunakan tali statik seperti tali rami manila atau statik kermantle.

Tahukah anda? Permainan tradisi tarik tali menggunakan tali rami kerana sifatnya yang statik bagi menjamin janaan daya yang serata.

Bayangkan keadaan dimana pendaki gunung semasa berada di pertengahan pendakian…. Apakah sifat tali yang di gunakan?

Tahukah anda? Sifat tali dinamik yang memeri membuat daya yang di jana hilang dalam proses memanjang tersebut. Tali keselamatan yang di gunakan oleh pendaki gunung mampu menanggung beban jatuh seberat lebih 100 kilo dengan menyerap hentakan tersebut.


Kucing yang bernama Momod ini berjaya dilatih untuk membuat
simpulan yang mudah, tiada alasan manusia tidak boleh menguasainya.

MENYIMPAN TALI
Di mana dan bagaimana untuk menyimpan tali dan mengapa kita harus berbuat demikian perlu di titik beratkan sebagai seorang pengamal seni gunaan tali mahupun tidak, kerana tali mesti layak secara fizikal untuk di gunakan bagi menjamin faktor keselamatan.

DI MANA TALI HARUS DISIMPAN
Tali hendaklah di simpan dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan terlindung daripada terdedah kepada panas terik matahari yang menjadikan tali terlalu kering dan merekah. Ini juga dapat melindungi tali dari lembapan terutamanya air hujan yang mengandungi paras asid yang tinggi dan boleh menghakis serta melemahkan permukaan tali.

Individu yang tidak dapat menguasai Seni Simpulan & Ikatan yang mudah
diberi dengan gelaran sebagai "Butal" yang membawa maksud Buta Tali.

BAGAIMANA CARA MENYIMPAN TALI
Cara pertama adalah dengan melengkar tali dari tengah arah ke luar di atas permukaan yang rata dan bersih. Jika permukaan tersebut adalah kayu lapis pastikan tiada habuk kayu yang mungkin secara mikro melukakan serat dalam tali. Sebaik-baiknya kayu lapis tersebut dilapik menggunakan kertas bersih.

Cara kedua adalah dengan menggulung tali dan di sangkut pada dinding, penyangkut tersebut hendaklah bersih, tumpul dan panjang supaya tali yang disangkut tidak tersentuh dinding bagi mengelakkan sentuhan lembapan dan sebagainya. Tali dari jenis rami-manila hendaklah di minyakkan dengan cara menggunakan berus halus yang dicelup minyak petrol atau minyak kelapa dan diratakan supaya menyerap ke dalam serat tali.

Tali yang menjalani proses urutan serat (yarn kneading) adalah kategori tali yang di rawat dan perlu di rehatkan daripada kegunaan sehingga di fikirkan sesuai. Tali yang di rawat hendaklah di simpan melengkar di atas para dan bukannya di sangkut supaya serat tali tersebut dapat di rehatkan dari sebarang tanggungan beban fizikal.

Tali yang di bersihkan dengan cara basuhan air hendaklah dikeringkan dalam keadaan menjalar dan tergantung dalam suhu bilik dengan pengaliran udara yang cergas.

Tahukan anda? Tali tidak boleh di basuh kecuali keadaan fizikalnya memerlukan pembersihan kaedah basahan. Tali hanya boleh di basuh menggunakan bahan kimia yang di khaskan atau di basuh menggunakan campuran air suam dan sedikit sabun. Tali tersebut tidak boleh di rendam sebaliknya menggunakan kain untuk mengurut sehala pada tali tersebut.

Tali tidak boleh simpan melengkar di atas lantai simen kerana lantai simen mengeluarkan wap pada malam hari dan ini akan membuat tali itu menyimpan lembapan dan dalam jangka yang lama tali akan reput.

Tahukah anda? Dalam ujikaji fundamental yang di jalankan, lantai simen yang di sapukan dengan cat selepas kering di telangkupkan gelas semalaman akan menghasilkan embunan pada keesokan harinya.

Jangan letak tali di atas pasir untuk mengelakkan butiran pasir halus memasuki celah serat tali dan melukakan serat-serat tersebut semasa tali digunakan secara cergas. Luka-luka ini akan mengakibatkan tali boleh kehilangan daya dan putus jika digunakan bagi mengangkat beban.

MEMBERSIHKAN TALI
Pembersihan cara kering adalah menggunakan berus halus untuk membersihkan habuk dan debu yang mungkin terdapat pada permukaan tali. Pembersihan cara basah adalah dengan menggunakan kain kapas atau polyester di celup dalam air sabun yang suam dan di lurut sehala sepanjang tali bagi menghilangkan kotoran minyak dan tanah yang melekat pada permukaan tali.

Adakah haiwan berbulu ini seorang Pengakap? tidak, ia hanya seekor kucing.

MENGERINGKAN TALI
Tali yang dibersihkan dengan cara basuhan air hendaklah dikeringkan dalam keadaan menjalar dan tergantung dalam suhu bilik dengan pengaliran udara yang cergas.

MEMATIKAN HUJUNG TALI
Tali dari jenis kermantle yang digunakan oleh Pengakap dan pendaki gunung sebagai contoh mempunyai serat bahagian tengah yang boleh bergerak dan terlucut jika hujungnya tidak di matikan dengan kemas.

Pelbagai kaedah di gunakan untuk mematikan hujung tali; tali kermantle boleh di bakar hujungnya sehingga cukup cair dan di biarkan kering dan kemas. Manakala tali pintalan pula di matikan dengan ikatan atau anyaman. Sila lihat bahagian perlaksanaan jenis-jenis ikatan yang boleh di gunakan untuk mematikan hujung tali.

MENYELENGARA ATAU MERAWAT TALI
Tali hendaklah di anginkan dalam tempoh yang tertentu jika tidak di gunakan dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakkan penghasilan debu tali (di kenali oleh masyarakat tempatan dengan panggilan bubuk) yang boleh mereputkan. Caranya dengan membawa tali keluar dari tempat simpanan atau bilik dan di jemur dibawah tempat yang teduh.

Tali yang telah di gunakan dalam aktiviti bebanan hendaklah di rawat sebelum di simpan. Rawatan tersebut di panggil “Yarn Kneading”, proses mengurut tali dari hujung ke hujung setiap inci. Dengan proses urutan ini juga kita dapat mengenalpasti bahagian mana yang rosak dan berkemungkinan putus dan berisiko tinggi.

Kumpulan Muzikal Pengakap

PROJEK: Kumpulan Muzikal Pengakap
PROGRAM: Bangsar Minors (B-minor)


Logo rasmi Bangsar Minors

ABSTRAK PROJEK
Projek Kumpulan Muzikal Pengakap ini adalah sebuah projek Pengakap Daerah Lembah Pantai dengan sokongan Majlis Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur. Dengan adanya korikulum tambahan dalam bidang muzik ini, ia mampu menarik perhatian Pengakap Muda & Remaja yang berkecenderungan ke arah aliran hiburan, menjadikan latihan muzik mereka bermatlamat dalam persediaan untuk membuat pertunjukan secara berstrategi. Memberi peluang mereka mendendang dan mengalunkan lagu dan muzik berirama kontemporari dalam masa yang sama mempengaruhi mereka menerima latihan dalam menguasai lagu-lagu tradisional, patriotik, lagu pengakap dsb. Memilih lagu-lagu yang sesuai dan pelbagai rentak dan memberi kebebasan kepada mereka membangunkan kreativiti dengan mengubah lirik menjadi lagu pengakap. Dengan usaha ini, pengakap daerah Lembah Pantai akan mendapat kelebihan dalam menjalankan majlis-majlis peringkat daerah dan berkebolehan untuk menguruskan pertunjukan hiburan. Muzik juga di gunakan sebagai elemen untuk menaikkan keyakinan dan moral seseorang atau dalam bentuk berkumpulan. Projek Muzikal ini akan di jalankan dalam enam fasa dan latihan akan di jalankan sebulan 2 kali pada hujung minggu. Kekerapan latihan subjek kepada keperluan dan keadaan.

B-minor semasa bertugas sebagai kugiran persembahan di
Kempori Muhibbah Kuala Lumpur 2007

OBJEKTIF PROJEK
Kumpulan muzikal ini di tubuhkan atas dasar untuk menggalakkan para pelajar ini memahami kepentingan pelajaran dari aspek pendidikan yang tidak formal. Dengan adanya latihan pendidikan dalam bentuk ini, menjadi perhatian pihak Pengakap daerah untuk meningkatkan tahap pencapaian ahli kumpulan dalam mata pelajaran di sekolah terutama mata pelajaran matematik dan bahasa inggeris. Latihan yang di berikan dalam kumpulan muzikal ini juga bertujuan untuk memberi panduan pendidikan muzikal secara berkesan dan dalam keadaan yang terkawal serta selamat. Ini mampu mencegah pelajar-pelajar daripada mendapat sumber kependidikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan penglibatan yang tidak sihat.

Untuk menyediakan program berkualiti untuk para ahli dengan kadar perbelanjaan yang rendah tanpa membebankan ibubapa/penjaga. Ahli kumpulan di beri galakan untuk berjimat cermat dalam setiap perbuatan. Membina saluran berpanduan untuk pelajar-pelajar yang berkecenderungan tinggi dalam seni muzik.

PERANAN PROJEK
Sebagai elemen sokongan dalam pendidikan sains sosiologi dalam konteks perhubungan awam dan menyentuh aspek disiplin kemasyarakatan. Menggunakan kecenderungan minat terhadap muzik sebagai bukaan untuk memberi pendidikan tidak formal. Mengeksploit lagu-lagu terpilih sebagai pendekatan alternatif untuk para ahli mengusai bahasa Inggeris. Memberi pendedahan mengenai sains dan matematik dalam keharmonian muzik.

RASIONAL
Muzik dengan atau tanpa nyanyian telah lama di gunakan dalam kesenian untuk menyampaikan mesej dalam bentuk penghayatan audio. Muzik membentuk keperibadian pendengar dan membentuk disiplin pengamal seninya. Pendedahan kepada genre muzik yang sesuai dapat membentuk keperibadian seseorang dan mempengaruhi tingkahlaku dan amalannya.

NetKOM

Kelas : Navigasi, Peta & Kompas

Para peserta NetKOM sedang diberikan taklimat peraturan di perkarangan Dataran Merdeka

ABSTRAK PROGRAM
NetKOM di rangka untuk memenuhi citarasa dan gaya hidup Ahli-ahli Pengakap dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Diklasifikasikan sebagai Pengembaraan Urban, NetKOM berjaya menarik minat ramai Pengakap dari dalam dan luar Daerah Lembah Pantai untuk menyertai program pengembaraan yang seumpamanya.

Pengurus Kelas Dataran Merdeka bersama salah seorang
pelajar Sek. Men. Keb. Bukit Bandaraya

OBJEKTIF
Mempromosikan Pengakap Kuala Lumpur dengan program seumpama ini yang mampu mewujudkan kesedaran terhadap aktiviti-aktiviti yang di jalankan dalam program-program Pengakap.

Membuka peluang kepada Pengakap yang menyertai untuk berjumpa dan berkenalan dengan pelancong-pelancong di sekitar bandaraya yang merupakan Pengakap dari luar negara.

Membolehkan Pengakap Muda mendapatkan Lencana Pengembara dan Lencana Pemandu serta membolehkan Pengakap Remaja melengkapkan Lencana Ekspedisi.

Program yang seumpama ini kerap dianjurkan dan tidak terhad kepada Pengakap
daerah Lembah Pantai tapi juga menerima penyertaan dari daerah lain.

Monday, September 22, 2008

SPPLP

NAMA PROJEK: Sejarah Pembangunan Pengakap Lembah Pantai (SPPLP)


TARIKH KERTAS KERJA: 16hb September 2008
TEMPOH PERSIAPAN: 4 Bulan

TARIKH MULA: Oktober 2008
TARIKH PENERBITAN: Februari 2009

ABSTRAK PROJEK:
Projek ini bertujuan untuk merealisasikan usaha untuk merekodkan perkhidmatan dan penglibatan individu yang menyumbang dalam pembangunan pengakap tempatan ini tidak mengira bentuk mahupun skala sumbangan.

KAJIAN & PEMERHATIAN:
Suka saya merujuk kepada Laporan Kemajuan Program Pengakap Kelana Suku Ke-3 2006 kerana setakat ini tiada laporan bertulis untuk membuat perbandingan selain laporan ini.

KELEMAHAN USAHA YANG LEPAS:
Secara amnya, kekurangan amalan penulisan yang konsisten dari kalangan generasi kini tidak mengira peringkat umur amat membimbangkan. Daerah Lembah Pantai pada tahun-tahun yang lepas telah banyak melancarkan usaha untuk mencatat dan menyimpan rekod serta menggunakan rekod tersebut untuk mewujudkan sistem penghargaan yang proaktif.

Sebagai contoh, ADC kebajikan telah dilantik pada tahun 2007 dan beliau dengan usaha sendiri mengumpul maklumat peribadi (tarikh lahir) pesuruhjaya- pesuruhjaya dalam daerah sebagai permulaan untuk menghantar kad ucapan selamat hari lahir bagi mewujudkan suasana harmoni dan rasa dihargai. Usaha beliau ini adalah antara yang pertama seumpamanya namun setakat pengetahuan saya hanya beberapa orang sahaja yang menerima kad tersebut pada tarikh ketibaan hari lahir dan kemudiannya aktiviti tersebut terhenti. Begitu juga dengan Pengurus Kelas Dataran Merdeka pada tahun 2008 yang melancarkan usaha yang hampir sama tetapi kad ucapan tersebut dihantar kepada Ibubapa dan penjaga ahli Pengakap yang menyertai Kelas Dataran, namun usaha tersebut juga terhenti setakat itu sahaja.

Pelbagai faktor yang mendorong kepada kegagalan kedua-dua kes seperti diatas, antaranya ialah; usaha tersebut dilakukan oleh seorang sahaja tanpa gandingan tenaga dan kerana tiada gandingan tenaga juga menyebabkan kegagalan untuk proses mendapatkan maklumat lebih-lebih lagi individu yang mengusahakan projek itu juga sibuk dengan kerja dan kerjaya.

Perlu ditekankan disini, semua projek seumpama ini tidak mendapat pembiayaan daripada daerah setakat hari ini, semua kos dikeluarkan atas dasar tanggungjawab sendiri. Dengan tiadanya rekod perkhidmatan seperti ini, siapa yang akan mengingati usaha-usaha murni mereka. Contoh diatas adalah sebagai contoh terbaru sahaja, bayangkan usaha-usaha individu, pasangan, pasukan yang terdahulu yang bermula seawal 1997 lagi.

Maka amatlah diharapkan, semua pihak dapat melihat rasional mengapa projek SPPLP ini harus dilancarkan dengan kerjasama ramai. Projek ini telah disemak oleh Pesuruhjaya Daerah dan mendapat kelulusan darinya pada hari ini.

USAHA KE ARAH KEMAJUAN:
Manusia alam sejagat kini berada dalam ketamadunan manusia yang maju seperti yang kita lihat kini adalah kerana usaha cendekiawan zaman awal ketamadunan dahulu yang mempunyai usaha untuk menulis dalam erti kata merekodkan atau membuat catatan ringkas mengenai apa yang mereka lalui. Sekiranya tiada bentuk penulisan tersebut, tidak mungkin generasi seterusnya dapat meneruskan kajian atau memanfaatkan ilmu yang mampu memperbaiki mutu kehidupan yang kita semua nikmati masa kini.

Kepayahan daerah Lembah Pantai dalam mengharungi kemajuan selama ini, disebabkan tiada sumber bahan rujukan yang mampu kita gunakan untuk mengenalpasti permasalahan, kelebihan, teknik yang boleh kita gunakan dalam menjalankan aktiviti dan program dalam daerah. Sekiranya kita meneruskan program seperti biasa dan tetap tidak menyumbangkan penulisan untuk daerah kita ini maka dalam masa akan datang generasi yang mengambil alih tempat kita akan menghadapi masalah yang sama sepertimana yang kita hadapi.

Pendaftaran keahlian dalam sekolah mempunyai masalah yang sama tahun demi tahun dan kita sentiasa membincangkannya dalam setiap mesyuarat tahun demi tahun tanpa merekodkan masalah tersebut dalam bentuk bertulis. Sekiranya kita dapat membincangkan penyelesaian masalah tersebut namun jika gagal menerbitkan penulisan yang kekal, maka usaha kita ini satu hari kelak akan berulang menjadi kegagalan kerana generasi seterusnya tiada panduan untuk menangani masalah tersebut.

Amalan penulisan semakin tenggelam dalam generasi zaman kini, ini dapat dibuktikan dengan kegagalan ahli-ahli kita untuk melengkapkan buku log. Amalan tersebut sekiranya berterusan maka tiada kemajuan yang dapat kita capai dalam konteks kemajuan Pengakap tempatan.

Dengan adanya rekod sebegini, kita dapat membuat pengukuran tahap kejayaan kita dari tahun demi tahun dan dengan usaha ini juga kita dapat memberi penghargaan kepada mereka yang telah, pernah dan masih berkhidmat untuk pembangunan Pengakap Lembah Pantai.

BUKU LOG JAWATAN PESURUHJAYA:
Sepertimana lazimnya setiap Pengakap mesti mencatat lognya dalam buku supaya boleh dijadikan rujukan pada bila diperlukan. Masih relewan dengan zaman sekarang tidak mengira pangkat. Sistem buku log jawatan ini lebih efektif berbanding dengan sistem fail daerah walaupun sistem fail ini memang perlu kita kekalkan. Bezanya ialah, Sistem fail disimpan oleh ADC pentadbiran dan semua catatan adalah bahan bercetak, manakala buku log jawatan dipegang dan dicatat menggunakan pena oleh ADC yang di telah pertanggungjawabkan .

Buku log itu akan dituliskan nama-nama penjawat yang pernah memegang buku tersebut yang membolehkan penjawat selepasnya meneruskan usaha, projek dan program dengan merujuk kepada catatan penjawat terdahulu. Ini dapat menggelakan dari kemajuan yang sedang berkembang terbantut akibat tiada rujukan. Prinsip catatan buku log yang mudah, satu catatan satu mukasurat.

Buku log ini akan disediakan oleh Pesuruhjaya Daerah dan dijangkakan akan diserahkan kepada para penjawat pada minggu pertama bulan Oktober 2008.

SENARAI REKOD PERKHIDMATAN:
Mantan Pesuruhjaya Daerah:
  1. En. Zakarani
  2. En. Nazri
  3. En. Naufal
  4. En. Fuad Omar
  5. En. Kamarul Bashah Hussin
Mantan Pen. Pesuruhjaya Daerah:
  1. En. Alang Bendahara - Tugas-Tugas Khas
  2. En. Johari - Tugas-Tugas Khas
  3. En. Ali Baizuri - Tugas-Tugas Khas
  4. Pn. Siti Hajar Razeli - Hal Ehwal Wanita
  5. Pn. Arnem - Kebajikan
  6. Pn. Arnem - Pentadbiran
  7. En. Zulfikar - Teknologi Informasi
  8. En. Abdul Jalil - Program
  9. En. Kamarul Bashah - Teknologi Informasi
  10. En. Kamarul Bashah - Pentadbiran
  11. En. Halim Khamis - Latihan
  12. En. Iskandar Muda - Program
  13. En. Iskandar Muda - Kelana
  14. En. Zainor Sham - Program
  15. En. Zainor Sham - Kelana
  16. YM. Raja Mohd Norhisham YM. Raja Abdul Rahim - Belia & Masyarakat
  17. En. Saiful Muhiyiddin - Pentadbiran
  18. En. Mohd Noor - Kanak-Kanak
  19. En. Saiful Mansur - Tugas-Tugas Khas
  20. En. Famie Shafie - Tugas-Tugas Khas
  21. En. Famie Shafie - Perhubungan Raya
  22. En. Famie Shafie - Pengakap Raja
  23. En. Jamal Harim - Tugas-Tugas Khas
  24. En. Azwan Abd Rahman - Kanak-Kanak
  25. Pn. Hezliza - Hal Ehwal Wanita
Senarai Nama Pengetua:

Senarai Nama Pemimpin:
  1. En. Azizan
  2. En. Nazri
  3. En. Kamarul Zaman
  4. En. Rajahan
  5. En. Shaiful Muhyiddin
  6. En. Mohd Noor
  7. En. Halim Khamis
Senarai Nama Kelana:
  1. En. Joshua
  2. En. Zulfikar
  3. En. Johari
  4. En. Shahril Razeli
  5. En. Shahrul (Guru Muzik)
  6. Cik Jiji Razeli (adik Hajar)
  7. En. Jamal Harim Abdullah
  8. En. Ali Baizuri Razali
  9. En. Muiz Misri
  10. En. Iskandar Muda
  11. En. Azman Zainal (Shah Alam)
  12. En. Azwan Abd Rahman
  13. En. Darminder Jit Singh (Penguatkuasa MBPJ)
  14. En. Famie Shafie
  15. En. Abdul Jalil Abd Samad
  16. Pn. Siti Hajar Razeli (Maybank)
  17. En. Kamarul Bashah Hussin
  18. En. Alang Bendahara (NTSP)
  19. Dr. Pn. Dura (Klinik Aidura)
  20. En. Darnis Mahmud
  21. En. Imran Amir
  22. En. Azrai Baharuddin
  23. En. Fairuz (Kelana Bee)
  24. En. Shafie
  25. En. Shakri
  26. En. Faizal Rezza
  27. En. Ipin (MPS)
  28. En. Ahmad Ridhwan Ahmad Baihaki
  29. En. Hairol Azmi
  30. En. Ibnu Walid
  31. En. Adam
  32. En. Izaldin Misri
  33. En. Zulhelmi (Pegawai TLDM)
  34. En. Wan (Suami Azizah)
  35. Pn. Azizah Mastura
  36. En. Hazrol (Penguatkuasa DBKL)
  37. Cik Farah Dot (Heong Leong Bank)
  38. En. Zainor Sham Abdullah
  39. Pn. Hairul Bariah Marwan
  40. YM. Raja Mohd Norhisham YM. Raja Abdul Rahim
  41. En. Rincing (Kelana Angkasa)
  42. En. Saiful Mansur
  43. En. Hazim
  44. En. Yeob (KTMB)
  45. Cik Mahani Leow
  46. Cik Erma Yanti Osman
  47. En. Faisal (McDonalds)
  48. En. Zairol Azmi Zainun (Jab. Perdana Menteri)
  49. En. Khairul Nizam Mohd Ali Lee
  50. En. Sulaiman Sidek (Petronas)
  51. En. Putera Amy
  52. En. Lai (wataniah)
  53. En. Tukang Masak Hotel
  54. En. Faizal (Polis)
  55. Cik Budak shah alam yang lawa muka macam teddy bear tu
  56. En. Bob (tukang masak di langkawi, Kelana C)
  57. En. Jeffry (Rela)
  58. En. Shahrul (Kelana Bee, dak bang)
  59. En. Shahril Rani
  60. En. Farizal