Tuesday, May 6, 2014

Ceramah Agama Yang Bermotif Politik.

Saya sedang berjalan di Pasar Malam yang di anjur di kawasan pejabat-pejabat kerajaan, pasar malam ini di adakan dua kali seminggu. Setiap kali saya datang, ada peniaga di situ yang setiap kali berniaga situ akan memasang rakaman video ceramah agama oleh penceramah yang terkenal.

Tetapi, ceramah agama itu bermotif politik, mengutuk kerajaan dengan cara memutar belitkan cerita nabi dan menyembunyikan cerita penuh dengan ulasan yang singkat supaya menjurus kepada kebencian rakyat kepada kerajaan.

Pun begitu, kerajaan langsung tidak menyekat peniaga ini mahupun memberikan teguran. Sedangkan rakaman hasutan itu dilakukan dua kali seminggu dari wujudnya pasar itu hingga sekarang. Kerajaan tidak mengganggu orang itu berniaga dan memaafkan sahaja hasutan tersebut.

Tetapi peniaga ini tidak sedar, malah memang dia tidak sedar bahawa rakyat juga tidak suka kepada hasutan itu. Saya satu diantaranya.

Adakah kerajaan zalim? Rakaman ceramah itu berkata ya!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Do leave a comment. If you hate me... leave two.