Monday, March 29, 2010

VIP Dalam Kehidupan Kepengakapan Saya

Pada minggu yang sudah pada hari sabtu saya singgah sebentar di International Youth Centre (IYC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Belia Antarabangsa yang terletak berdekatan dengan tasik permaisuri, Bandar Tun Razak.


Saya singgah kerana mengetahui ada Mesyuarat Agung Luarbiasa Pengakap Malaysia diadakan disitu pada jam 10 pagi. Tujuan saya ke sana pada hari itu bukan kerana dijemput, tapi untuk menemui beberapa VIP yang dahulunya orang-orang yang bertanggungjawab membawa saya hingga mencapai taraf Pengakap Raja. Saya pasti mereka akan berada disana kerana mereka adalah orang-orang penting dalam pembangunan Pengakap di negeri Selangor khasnya dan Malaysia amnya.


Gambar disebelah atas ini adalah Tuan Haji Ishak Junid, Pesuruhjaya Negeri (SC) yang mengantikan tempat Tuan Haji Akasah yang menjadi SC pada zaman saya semasa Pengakap Remaja.

Adakalanya, apabila saya terkenang pengalaman saya membangun dalam Pengakap saya berasa malu kepada diri sendiri dan malu kepada pemimpin-pemimpin saya kerana setelah saya menerima anugerah Pengakap Raja tidak sekalipun saya berpeluang untuk berkhidmat di daerah yang mencalonkan saya atau pun negeri Selangor. Kemudian timbul pula rasa sedih kerana kegagalan untuk berkhidmat.


Gambar ini pula menunjukkan Tuan Haji Rahmat Jaafar yang dahulunya Pesuruhjaya Daerah (DC) Hulu Langat (DC saya semasa saya sekolah dulu) dan kini Penolong Pesuruhjaya Negeri (ASC) bahagian latihan. Disebelah kanannya pula dulu adalah ADC nya di Hulu Langat dan kini mengambil alih jawatannya sebagai DC. Tuan Haji Rahmat inilah yang banyak membantu saya dan mendidik saya, menanam semangat dan ideologi yang berkesan menjadikan saya seorang pemimpin dalam Pengakap.

Di dunia nyatanya, saya sentiasa bergerak aktif sebagai seorang Pengakap di Kuala Lumpur sejak dari tahun 1999 atau jika tidak silap saya dari 1998. Saya tidak dapat berkhidmat di daerah saya (Hulu Langat) kerana saya bukan orang tempatan dan selepas habis persekolahan saya berpindah dengan keluarga ke Kuala Lumpur dan bekerja di BP House, kerana itulah saya terjebak dan teraktif dengan Kuala Lumpur kerana muka saya terpampang di Ibupejabat Pengakap Malaysia.


Gambar atas: Orang yang rendah tetapi tinggi pangkatnya, itulah dia Tuan Zaki Nuruddin. Beliau adalah boss saya semasa saya bekerja di BP House yang semasa itu dia memegang jawatan sebagai Setiausaha Latihan Negara.

Zaman itu pula tiada Handphone jadi komunikasi saya dengan daerah dan negeri Selangor terputus begitu sahaja.


Gambar atas: Ini adalah gambar yang penting. Yang memakai epolet hijau itu sebelah kanan. Tuan Haji Mujab Sukaimi adalah orang yang bertanggungjawab membuka peluang kepada saya untuk meneroka alam Pengakap yang luas ini. Dia adalah orang yang pertama di peringkat negeri yang menandatangani buku log saya semasa dia memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat selama dua jam di Kem Kota Raya. dari titik itu bermulanya perjalanan saya menjadi Pengakap Raja.

Semasa saya bertembung dengannya di mesyuarat itu, dia masih lagi mengecam wajah saya. Dia kata saya semakin hensem (wow...!). Dalam ramai-ramai pemimpin dan pesuruhjaya yang saya terhutang budi, jasa Tuan Haji Mujab Sukaimi ini amat-amat saya kenang, kerana dengan ramah mesranya, penelitiannya, budi pekertinya, layanannya semasa saya berumur 16 tahun itulah yang membuatkan saya sentiasa ingin berbakti kepada negara melalui Pengakap.

No comments:

Post a Comment

Do leave a comment. If you hate me... leave two.