Telah menjadi kebiasaan sejak tahun 2006, kelas dataran akan mengumumkan kelas bercuti selama dua bulan berturut-turut untuk memberi laluan bulan Ramadhan dan Syawal. Walaupun begitu masih ramai pelajar-pelajar setia kelas yang banyak menghantar SMS kerana menahan sabar menunggu tarikh kelas dibuka semula.
Pada minggu yang sudah, beberapa ahli badan pengurusan kelas telah duduk bersidang secara tidak rasmi untuk membincangkan tarikh yang terbaik untuk tajuk kelas akan datang memandangkan tarikh peperiksaan juga bersimpang siuh.
Pada esok jumaat, Pengurus kelas akan hadir ke Kuala Lumpur untuk berbincang lebih lanjut mengenai takwim akhir tahun berkenaan jadual mingguan dan perkhemahan Kem Bintang 2009.
Pada dasarnya, saya menganggarkan kelas akan bermula pada ahad pertengahan bulan Oktober 2009 namun tertakluk kepada perbincangan saya dengan Pengurus dan Penyelia kelas esok hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya menerima pertanyaan yang sama setiap kali berjumpa dengan guru-guru di sekolah yang ditugaskan untuk menjaga Pengakap, dan dalam banyak...
-
Semasa tahun 1991 saya berada di darjah 5 Sekolah Rendah Kebangsaan Cheras (pada waktu itu dikenali sebagai Sek Kebangsaan Batu Tiga Cheras)...
-
Saya terbitkan penulisan ini didalam blog www.myspace.com/famieshafie semasa mula-mula saya berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog tida...
No comments:
Post a Comment
Do leave a comment. If you hate me... leave two.