Tuesday, March 9, 2010

Kem Raja

Papantanda kem di lapangan utama pusat latihan

Apa itu KEM RAJA?

Kem Raja adalah Pusat Latihan Kemahiran Pengakap Lembah Pantai, Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Terletak di lembah antara Bukit Gasing dan Bukit Kerinchi menjadikannya sebuah lokasi latihan Pengakap yang strategik dalam Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ahli-ahli Pengakap sedang membina benteng air

Beberapa aktiviti telah pun dijalankan di Kem Raja sejak beberapa minggu yang lepas untuk persediaan menjalankan program ujian-ujian lencana untuk Pengakap.

Pembantu-pembantu Kelas Dataran Merdeka sedang
menyusun atur peserta untuk aktiviti kembara hutan


Berikut adalah organisasi kem tersebut:

KETUA PENGARAH KEM:

YM. Raja Mohd Norhisham YM. Raja Abdul Rahim

LEMBAGA PENGARAH KEM:
En. Iskandar Muda Zainuddin
En. Famie Shafie
En. Zainor Sham Abdullah
Pn. Hairul Bariah Marwan (ruhil)

PENGURUS KEM:
En. Shazman Abdul Rahman

KETUA KUARTERMASTER KEM:

En. Amirul Asyraf

PEGAWAI PEMERINTAH KEM:

Leftenan Jeffry Ismail

YM. Raja Mohd Norhisham bersama En. Zainor berehat di Puncak Raja

Objektif kem ini sama seperti konsep yang dijalankan di Kelas Dataran Merdeka iaitu menyediakan program latihan kemahiran Pengakap secara percuma dan berterusan sepanjang tahun.
Berdiri dari belakang: Yat, pelajar UPNM. Ruhil, Pengarah kumpulan tarian Pengakap.
Noor, ibu pada salah seorang peserta. Shazman, Pengurus Kem.

1 comment:

  1. Waahh... Sejak bila ada ni..? Lamanya tak balik.. ^_^
    I'll be back in KL in 3 weeks for a 3 months wait before the next uni intake. Hope cld visit the campsite! So cool!! Cayalah en famie!!

    ReplyDelete

Do leave a comment. If you hate me... leave two.