Wednesday, November 9, 2022

Orang melayu hentikan bela kucing

 Dalam group komuniti Bukumuka di tempat saya tinggal kerap kali saya terlihat posting tentang kucing.

"Siapa yang ada kehilangan kucing yer, dia masuk rumah saya, saya beri dia makan".

"Sesiapa yang ada jumpa kucing saya dah 4 hari tak balik rumah".

"Sesiapa yang nak bela kucing ini saya jumpa kucing ni di taman, saya ambil sebab takut nanti kena makan anjing, tapi saya tak boleh bela sebab alahan".


Saya sarankan semua rakyat Malaysia untuk tidak bela kucing sebagai haiwan peliharaan. Banyak sebab seperti kesihatan, kebersihan, ekonomi, psikologi dan juga dari aspek merosakkan sifat semulajadi haiwan tersebut.

Jangan bela kucing. biarkan kucing kembali ke fitrah asalnya. Biar mereka pandai cari makanan sendiri dan cari teduhan sendiri. Jangan rosakkan kehidupan semulajadi kucing. Dan jangan beri alasan dengan menunggang agama untuk bela kucing. Sedar diri sikit.