Saya bangun pergi ke dapur... Tengok jam dah jam 12 setengah malam. Dekat tempat saya nie boleh order makanan guna sms jer... Nanti restoran berhampiran akan hantar ke pintu rumah, charge nya pun tak mahal. Malah, takde charge pun. As long as kita order melebihi 8 ringgit. Tak pernah pulak saya tengok orang melayu rajin berniaga macam nie.
Saya pun ambik wallet dan check dulu berapa cash yang ada. Duit cukup, ada 4 keping duit 20 ringgit baru. The last time Malaysia pakai note 20 ringgit adalah masa saya sekolah rendah dulu.
Adakah anda tahu mengapa Malaysia keluarkan duit baru? Kerana merdeka? Sempena hari raya? Adakah anda tahu dalam masa 30 tahun ini sudah beberapa kali Malaysia tukar duit?
Sefaham saya, jika bukan sebab lain... Malaysia (atau sesebuah negara itu) perlu membuat pertukaran design matawangnya apabila mereka detech ada aktiviti atau cubaan pemalsuan duit dalam ataupun luar negara.
You feel me?
Jika kita tidak ambik tindakan pantas untuk menukar matawang, duit palsu itu akan bersepah dalam negara. Jika anda sudah faham asas polisi ini mari kita pergi ke fakta berikutnya.
Ini adalah fakta (tadi tu assumption dan mengikut fahaman yang diberikan pada saya lah), anda pernah dengar MEPS? Adakah anda tahu apa iu MEPS? Fungsinya?
MEPS itu adalah kemudahan untuk keluarkan duit menggunakan kad bank anda di mesin ATM bank lain! Pandai anak mak... Orang lain pun cakap benda yang sama. Itu adalah salah satu dari peranan yang dipegang oleh MEPS.
MEPS juga melupuskan duit. El, Yu, Pi, Yu, Es LUPUS. Bagaimanakah kaedah pelupusan duit? dalam bilik operasi bawah tanah di Shah Alam dan Johor duit-duit yang di collect dari bank akan di masukkan dalam blender yang akan menghancurkan duit tersebut menjadi halus dan berserbuk. Kemudian apa dia buat tanam ke bakar ke saya pun tak tau. Dalam bilik bawah tanah tu, semua orang pakai macam kat dalam makmal kimia memandangkan bau kimia pada kertas yang di blend itu amat kuat.
Ok so, kaedah lupuskan duit ini jika saya faham dengan betul adalah untuk membolehkan bank negara lupuskan duit lama dan keluarkan duit baru jika perlu. Yer la takkan la Maybank contohnya terpaksa menyimpan cash berbillion-billion... So Maybank recordkan dia ada duit sebanyak RM20 billion, duit itu dihantar pada Bank Negara. Bank Negara pulak takkan la nak simpan cash semua duit yang dihantar oleh semua bank dalam Malaysia ini... So, Bank Negara cakap dekat MEPS... "Saya dengan sukacitanya dah catat nilai duit yang saya simpan, silalah lupuskan duit ini"
So, proses ini adalah proses berterusan walaupun tiada aktiviti pemalsuan wang.
Tapi dengan cara ini lah Bank Negara control fizikal matawang dalam negara dan sekiranya wang baru di keluarkan atas sebab-sebab tertentu, dalam tempoh masa tertentu, duit lama akan habis dilupus.
Anda semua jika ada duit, sila simpan dalam bank, supaya duit itu boleh melalui proses pelupusan. Bantu bank kita untuk bantu Bank Negara. Jangan simpan dalam bantal yer...
Sekarang baru saya faham kenapa duit seribu ringgit diberhentikan keluarannya. Banyak jugak kelebihannya. Kalau orang rompak bank sekalipun, duit paling besar adalah seratus ringgit. Jadi kalau dia isi dalam bag berapa banyak sangat lah dia boleh rompak berbanding sekiranya duit seribu note masih ada.
So, heads up.
Selamat Hari Raya.
Sent from my BlackBerry® Bold 9700