Setelah sekian lama saya tidak dapat menulis diruang ini kini saya dapat meluangkan masa semula insyaAllah untuk mengemaskini laman ini secara konsisten.
Sebelum saya mula menulis saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua Pengakap didalam Lembah Pantai khususnya dan Kuala Lumpur serta seluruh Malaysia amnya.
Mantan (bekas) Pesuruhjaya Daerah Lembah Pantai (DC) yang berusaha En. Muhammad Fuad Bin Omar pernah berbincang dengan saya mengenai latar belakang saya sebagai seorang Penolongnya... mengenai tugas kerja dan matlamat yang perlu dicapai..
Dalam sejarah pembangunan Pengakap Lembah Pantai pada tahun 1999 saya memegang jawatan sebagai ADC bahagian Perhubungan Awam dan setelah tamat tempoh sepenggal (2 tahun) jawatan saya di sambung tetapi ditukarkan kepada ADC Bahagian Pengakap Raja hingga 2003.
Jawatan saya kemudiannya ditukarkan kepada ADC Unit Pengakap Muda & Pengakap Remaja (jawatan ini merangkumi dua jawatan dalam satu masa) dan kekal hingga ke hari ini.... pada tarikh saya menulis ini... esok akan bermulanya tahun 2009.
Setelah memegang jawatan yang sama dari 2003 hingga 2008 barulah kini saya dapat menguasai dan mengendalikan jawatan tersebut dengan baik berbekalkan pengalaman sebagai ADC daripada tahun 1999.
Namun pada tahun 2005, saya telah berbincang dengan En. Muhammad Fuad Omar mengenai pencapaian saya sepanjang bertugas sebagai ADC dan beliau memberikan cadangan yang saya ambil dengan penuh dedikasi...
Beliau memberikan saya tempoh selama 5 tahun bermula serta-merta untuk saya melatih Pengakap Muda & Remaja sehingga berjaya melahirkan calon-calon Pengakap Raja dengan harapan barisan calon tersebut dapat melepasi ujian pentarafan dengan cemerlang.
Dengan bermulanya tahun 2009 ini... saya hanya tinggal tempoh lagi 2 tahun hingga berakhirnya 2010.
Memegang jawatan dalam Pengakap bukanlah sesuatu yang mudah... namun ia tidak bermakna kita tidak mampu lakukan bertemankan masa dan pengalaman. Jangan mudah putus asa sekiranya kita tidak mampu menjalankan tugas kita dengan baik... masa akan menentukan.
Saya selalu berpesan kepada Pengurus dan Penyelia Kelas Pengakap Dataran Merdeka... untuk renungan semua saya nyatakan disini...
"sesetengah orang belajar daripada kesilapan yang dibuatnya sendiri, sesetengah orang belajar daripada kesilapan orang lain, sesetengah orang belajar daripada teguran seorang pemimpin, sesetengah orang belajar daripada herdikan seorang pemimpin, sesetengah orang belajar daripada apa yang dibacanya, sesetengah orang belajar daripada apa yang dilihatnya... walau apa pun kaedah yang disenanginya yang penting ialah PERUBAHAN yang kita lakukan setelah kita mendapat pelajaran tersebut"
Selamat Menyambut Tahun Baru 2009
ADC Famie Shafie
Lembah Pantai