Wednesday, October 15, 2008

Penangguhan Kerja-Kerja Menulis Blog

Komitmen saya adalah untuk mengemaskini blog ini setiap tiga hari atau sekurang-kurangnya menerbitkan dua artikel seminggu. Namun, memandangkan jadual kerja saya dalam bulan ini amat-amat ketat... maka tertangguhlah kerja-kerja penulisan saya.

Saya akan mengambil cuti sambil bekerja ke Kuala Lumpur pada 18hb hingga 19hb Oktober 2008 iaitu pada Sabtu dan Ahad ini dan akan mengambil kesempatan ini dalam masa-masa yang singkat untuk berjumpa dengan rakan-rakan sepenjawatan bagi menguruskan jadual program akhir tahun untuk daerah.

Bagi sesiapa yang ingin berjumpa dengan saya, sila hubungi Pengurus Kelas Dataran Merdeka Cik Erma Yanti di talian 012-7751921 atau Penyelia Kelas Dataran Merdeka di talian 017-6275830 untuk membuat temujanji.

Atau:

Jumpa saya di Ibupejabat Pengakap Malaysia jam 10:00 malam.

Atau:

Bolehlah berjumpa saya di Dataran Merdeka pada hari Ahad jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Atau:

Jumpa saya di Kediaman Pesuruhjaya Daerah Lembah Pantai pada jam 2:00 petang.

No comments:

Post a Comment

Do leave a comment. If you hate me... leave two.