Wednesday, August 6, 2014

ANWAR IBRAHIM DI ARAH SENYAP OLEH YAHUDI TENTANG ISU PALESTIN???

I got this from Jiwa Paradox, I'm all in for Gaza and JP's theory is writen in his article below. Enjoy reading.

Hentaman yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan dan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak menyokong Israel perlu dikembalikan kepada pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit isu kekejaman Israel ke atas Palestin.

Ini kerana, dunia mengetahui, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh Israel yang melakukan serangan terhadap negara Islam, Palestin dan membunuh umat Islam negara itu sebagai usaha mempertahankan keselamatan negara Zionis.

Dari sehari ke sehari, angka kematian umat Islam Palestin semakin meningkat dan keadaan ini benar-benar memberikan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam kepada umat Islam di negara lain termasuk Malaysia. Ramai pemimpin negara lain meluahkan rasa kesal di atas tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan.

Malah, pemimpin-pemimpin Malaysia juga mengutuk tindakan Israel yang nyatanya memberikan sokongan supaya sifat kejam mereka dihentikan. Dalam isu ini, para pemimpin pembangkang sibuk mahukan pemimpin Islam di negara ini terutamanya dari barisan kerajaan agar lantang bersuara kepada dunia tidak memberikan sokongan kepada Israel. Persoalannya, dimanakah kedudukan pemimpin mereka, Anwar yang merupakan pemimpin Islam dalam isu Palestin ditindas oleh Israel?

Sejak berita dan laporan mengenai Palestin dibedil setiap hari, sehingga kini, Anwar masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan sokongan kepada negara Palestin. Justeru itu, mengapakah pemimpin pembangkang tidak langsung menegur dan menggesa Anwar untuk berbuat demikian?

Anwar selama ini cukup terkenal sebagai individu yang bijak berbicara mengenai Islam apatah lagi bercerita mengenai kegemilangan zaman Islam. Tetapi, apabila isu Palestin, beliau hanya mendiamkan diri dan tidak menyokong mana-mana pemimpin Islam yang sebaris mengutuk Israel. Tidakkah ia menimbulkan rasa pelik mengenai isu ini.

Kerajaan sentiasa berfikiran telus untuk membantu negara Palestin dan sentiasa positif mewujudkan tabung bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Ia termasuklah dari segi bantuan kewangan, makanan juga bantuan perubatan. Dilaporkan juga Biro Kebajikan UMNO akan bergerak ke Gaza pada esok hari dalam misi kemanusiaan membantu Palestin.

Untuk itu, dimanakah sumbangan para pemimpin pembangkang untuk membantu Palestin selain dari hanya pandai bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan? Nampaknya, Anwar perlu 'dibasuh' oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkan sendiri agar sedar mengenai isu Palestin.

Yang pasti, sebagai rakyat Malaysia yang masih lagi waras dan beriman kepada Tuhan yang satu, sama-samalah kita berdoa agar perjuangan umat Islam di Palestin akan terbela satu hari nanti. Sama ada ekonomi Israel tumbang ataupun tidak dengan boikot kita, itu bukanlah kayu ukurannya yang paling besar. Tetapi yakinlah bahawa usaha kita walaupun sedikit sudah pasti ada kebaikannya.
Famie Shafie

No comments:

Post a Comment

Do leave a comment. If you hate me... leave two.