Friday, February 5, 2010

Latihan Pemimpin di KDM

KDM - Kelas Dataran Merdeka

Bagi mana-mana pemimpin yang ingin membuat praktikal mengajar atau ingin belajar untuk mengajar Pengakap atau sekadar untuk membuat pemerhatian bagaimana untuk menjalankan aktiviti mingguan Pengakap, anda dijemput hadir ke KDM.

KDM dijalankan pada setiap hari Ahad, tempat letak kereta percuma. Pemimpin yang hadir tidak perlu pakai Uniform Pengakap. Sekiranya anda berasa kurang selesa hadir dengan tiba-tiba, sila berhubung dengan Pengurus atau Penyelia Kelas Dataran Merdeka untuk mendapatkan penerangan mengenai kelas sebelum anda buat keputusan untuk hadir.

Belajar untuk mengajar Pengakap di KDM ada beberapa kaedah, bertanya dan terima latihan terus menerus dengan mana-mana Pengarah Kelas, bantu Pengarah Kelas dalam sessi mengajar atau belajar dengan memerhati dari mula hingga akhir bagaimana kelas dijalankan.

Cik Erma (Pengurus) 012-7751921
Cik Mahani (Penyelia) 017-6275830

Mereka berdua siap siaga untuk melayan pertanyaan tuan dan puan.

No comments:

Post a Comment

Do leave a comment. If you hate me... leave two.